Saham Hyundai Motor cecah paras rekod dagangan

Saham Hyundai Motor melonjak 15% awal dagangan, mengatasi KOSPI, didorong spekulasi kerjasama AI dengan Nvidia. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Saham Hyundai Motor melonjak hampir 15% pada awal dagangan, mengatasi kenaikan 1.2% indeks penanda aras KOSPI, didorong spekulasi pasaran mengenai kemungkinan kerjasama strategik yang lebih meluas antara Hyundai Motor Group dan syarikat teknologi gergasi, Nvidia, dalam bidang kecerdasan buatan (AI).
Hyundai, melalui anak syarikatnya Boston Dynamics, memperkenalkan robot humanoid generasi terbaharu, Atlas, sempena Pameran Elektronik Pengguna (CES) di Las Vegas.
Bagaimanapun, penganalisis Kiwoom Securities berpandangan pengumuman berkenaan sahaja tidak cukup untuk menjelaskan lonjakan saham tersebut.
Namun begitu, sentimen pelabur dilihat semakin positif susulan pertemuan antara Pengerusi Hyundai Motor Group, Euisun Chung, dan Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia, Jensen Huang, di CES, yang mencetuskan jangkaan bahawa kerjasama antara kedua-dua syarikat ini.
Huang turut mengadakan lawatan rasmi ke Korea Selatan pada Oktober lalu, di mana beliau bertemu Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung, Chung serta beberapa pemimpin perniagaan lain di luar sidang kemuncak APEC di Gyeongju.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


