Skip to main content

Malaysia

Warga Singapura bawa 19 kilogram dadah di LTSAS berdepan hukuman mati

Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Foto Bernama
Tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. - Foto Bernama

Ringkasan AI

  • Seorang lelaki warga Singapura didakwa mengedar 19 kilogram kanabis di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada 8 November lalu.
  • Tertuduh, Chen Long, 26, berdepan hukuman mati atau penjara seumur hidup di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
  • Mahkamah menetapkan 26 Februari tahun depan untuk serahan laporan kimia dan tiada jaminan ditawarkan kepada tertuduh.
Advertisement

IPOH: Lelaki warga Singapura yang ditahan kerana memiliki 19 kilogram (kg) dadah di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) baru-baru ini, berdepan hukuman mati apabila didakwa mengedar dadah jenis kanabis di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Chen Long, 26, faham pertuduhan setelah ia dibacakan dalam bahasa Mandarin namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa mengedar dadah jenis kanabis dengan anggaran berat 19,040 gram di mesin bagasi A, kaunter daftar masuk LTSAS pada 6.20 pagi, 8 Nov lepas.

Advertisement

Pertuduhan adalah di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati, boleh dikenakan tidak kurang 12 sebatan.

Majistret Norizan Riduan menetapkan 26 Feb tahun depan bagi serahan laporan kimia dan tiada sebarang jaminan ditawarkan kepada tertuduh.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainin Sofiya Azlaini manakala Chen diwakili peguam Sivananthan Ragava. 

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement