awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu

Bernama
Bernama
27/12/2024
03:30 MYT
Saham TNB melonjak pada sesi awal susulan cadangan tarif baharu
Menurut TNB, jadual tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4 itu dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Saham Tenaga Nasional Bhd (TNB) melonjak pada sesi awal dagangan Jumaat selepas mengumumkan cadangan tarif baharu bagi Semenanjung Malaysia di bawah Tempoh Kawal Selia 4 (RP4).
Harga saham itu menokok 24 sen pada RM14.42 daripada RM14.18 pada akhir dagangan semalam.
Menjelang jam 10.35 pagi ini, saham syarikat utiliti nasional itu melonjak sebanyak 62 sen atau 4.37 peratus kepada RM14.80 dengan sebanyak 7.51 juta saham saling berpindah tangan.
Pada Khamis, TNB menerusi kenyataannya kepada Bursa Malaysia mengumumkan kerajaan telah meluluskan pelaksanaan RP4 itu di bawah rangka kerja Kawal Selia Berasaskan Insentif (IBR) bagi tempoh Januari hingga Disember 2027.
Keputusan itu dinyatakan dalam surat daripada Suruhanjaya Tenaga (ST) kepada TNB yang bertarikh 24 Dis, 2024.
Menurut TNB, jadual tarif asas 45.62 sen sekilowatt-jam (KwJ) bagi Semenanjung Malaysia di bawah RP4 itu dicadang dilaksanakan mulai 1 Julai, 2025.
"Jadual tarif elektrik semasa yang dilaksanakan sejak 2014, akan terus berkuat kuasa, tanpa perubahan dalam kadar tarif dan struktur tarif elektrik sehingga 30 Jun, 2025," katanya
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#TNB
#tarif elektrik
#kenaikan tarif
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan