Skip to main content

Bisnes

Saluran paip minyak klia2 bocor, penerbangan AirAsia X ditangguh

61452594358_AirAsiaX.jpg
Penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 akan ditangguhkan hingga esok disebabkan saluran paip minyak di lapangan terbang itu bocor, menurut AirAsia X hari ini.

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata kejadian itu menghalang pesawat untuk melakukan pengisian semula bahan api itu di semua kawasan pintu P di lapangan terbang tersebut.

"Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan. Kejadian itu berlaku semasa kerja-kerja penyelenggaraan oleh Malaysia Airports Holdings Bhd.

"Sejumlah 4,564 penumpang melibatkan 14 penerbangan AirAsia X yang berlepas antara 6.00 petang hari ini dan 1.00 pagi esok akan terjejas," katanya.

Penumpang diminta menghubungi syarikat penerbangan untuk bantuan dan maklumat lanjut di http://www.airasia.com/my/en/live-chat.page atau https://eform.airasia.com/. -Bernama

Advertisement

Must Watch Video