KUALA LUMPUR: Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd, Samaiden Sdn Bhd telah memeterai perjanjian perkongsian strategik dengan SWG Technologies (M) Sdn Bhd (SWG Tech) untuk bekerjasama dalam menyediakan penyelesaian bagi pasaran tenaga boleh diperbaharui (RE) di Sabah dan Sarawak.
SWG Tech ialah anak syarikat milik penuh Sinowaja (Malaysia) Sdn Bhd.
Di bawah perjanjian itu, Samaiden dan Sinowaja akan memberi tumpuan kepada projek kerjasama berhubung dengan fotovoltaik solar (PV) serta sistem pintar atau mikrogrid di Sabah dan Sarawak, kata Kumpulan Samaiden dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Khamis.
"Skop kerja Samaiden termasuk membekalkan produk yang diperlukan dan sokongan teknikal kepada Sinowaja manakala Sinowaja akan menyokong dalam reka bentuk, penyelidikan dan pembangunan serta kerja berkaitan terutamanya dalam projek PV solar," katanya.
Pengarah Urusan Kumpulan Samaiden, Chow Pui Hee berkata, kerjasama itu adalah sinergi, membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan keupayaan teknikal dan kepakaran industri masing-masing yang bekerja dalam projek RE.
"Selain itu, perkongsian ini sejajar dengan hasrat kumpulan sebagai pakar RE untuk berkembang secara geografi dan pada masa yang sama memberikan maklumat RE daripada kami kepada Sinowaja, penyedia penyelesaian tenaga berpengalaman di Sabah dan Sarawak yang berhasrat untuk memasuki industri RE.
"Kami yakin kerjasama ini akan mempercepatkan pembangunan RE dan menyumbang kepada pengurangan pelepasan karbon di Sabah dan Sarawak dalam persekitaran transformasi RE yang semakin bergerak pantas," katanya.
Kemampanan yang menjadi perkara utama dalam agenda pembangunan Sarawak selain daripada pemilikan sumber asli yang banyak, Chow berkata, kumpulan itu menjangkakan pelaburan yang besar dalam industri RE daripada kedua-dua sektor swasta dan awam pada tahun-tahun akan datang untuk membekalkan tenaga bersih di rantau ini.
"Oleh itu, ini akan menyediakan peluang perniagaan yang luas kepada kami sebagai salah satu penyedia kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) RE terkemuka di Malaysia dan pada masa yang sama kami membawa kepakaran ke dalam pasaran ini," katanya.
Artikel asal di DagangNews.com
Dagang News
Fri Jan 07 2022

Kerjasama itu membolehkan kedua-dua pihak memanfaatkan keupayaan teknikal dan kepakaran industri masing-masing yang bekerja dalam projek RE. - Foto DagangNews

Ops Pantau: KPDNHEP rampas barangan lebih RM13.32 juta
Alexander Nanta Linggi berkata jumlah itu adalah bagi pencapaian tahun 2022, berdasarkan statistik sehingga Mac dan sebanyak 6,706 aduan telah diterima dengan 89.61 peratus aduan berjaya diselesaikan.

Banjir kilat, pokok tumbang di Seremban
Beberapa kawasan di daerah ini dilanda banjir kilat susulan hujan lebat dan ribut petang tadi sehingga menyebabkan beberapa pokok tumbang dan menghalang laluan utama.

Thailand siasat pesawat AirAsia mendarat di landasan salah
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Thailand (CAAT) sedang menyiasat insiden penerbangan Thai AirAsia yang mendarat di landasan bukan ditetapkan di Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang awal bulan ini.

WEF 2022: Selesaikan krisis sekuriti makanan, sekali dengan perubahan iklim
Krisis di Ukraine menjadi ancaman lebih besar kepada unjuran sekuriti makanan global yang sedia ada sudah bermasalah.

Hawana 2022 berupaya tingkatkan dunia kewartawanan - Hussamuddin
Selain mengiktiraf peranan wartawan, sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 berupaya menjadikan dunia kewartawanan lebih profesional dan berintegriti.

WEF 2022: Malaysia perlu titik berat ESG dalam Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik
Malaysia perlu menitikberatkan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam pelaksanaan Kerangka Ekonomi Indo-Pasifik (IPEF) yang disertai negara.

Siasatan MyCC rangkumi kesemua pemain industri ayam, dijangka selesai akhir Jun
Siasatan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) terhadap dakwaan pelakuan antipersaingan dalam industri ayam negara dijangka tamat pada akhir Jun ini.

WEF 2022: Cukai golongan jutawan untuk bantu wanita - Oxfam
Beliau menyatakan bahawa mencapai kesaksamaan jantina kini akan mengambil masa 136 tahun, dengan wabak COVID-19 menolak kemajuan yang sudah dicapai kepada jurang satu generasi.

Petronas galas tanggungjawab besar jadi pemangkin sumber tenaga hijau, mampan negara
Usaha progresif perlu diteruskan dalam membuktikan bahawa Malaysia mampu mencipta inovasi baharu di dalam sektor minyak dan gas global.
![AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968457/thumbnails/23375372161653398649242_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [24/05/2022] - Subsidi bersasar pendekatan terbaik | Peniaga dakwa sukar dapat untung
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 7:45 bersama Dzulfitri Yusof dan Jasmine Abu Bakar. Tumpuan AWANI 7:45 malam ini: - Dengan kenaikan harga minyak, Malaysia perlu segera laksana subsidi bersasar. - Ladang ganja di belakang vila, bekas diplomat, anak lelaki ditahan. - Apa sudah jadi? SPRM kesan pembelian berkait COVID-19 terpalit rasuah.

Samaiden, SWG bekerjasama sediakan penyelesaian tenaga diperbaharui di Sabah, Sarawak
Samaiden dan Sinowaja akan memberi tumpuan kepada projek kerjasama berhubung dengan PV serta sistem pintar di Sabah dan Sarawak.

Samaiden raih kontrak EPCC bernilai RM98.15 juta
Ia menerima surat anugerah kontrak tersebut menerusi anak syarikat milik penuhnya, Samaiden Sdn Bhd daripada Ramatex Textiles Industrial Sdn Bhd.