awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Semua ADUN Bersatu akan dilantik sebagai Exco - MB Perlis
Jumpa di London, lima kali Muhyiddin kata sedia lepaskan jawatan - Annuar
China lanjutkan pengurangan yuran visa untuk rakyat Malaysia hingga 31 Dis 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sapura Energy lantik Mohammad Azlan sebagai pengerusi

Bernama
Bernama
29/04/2022
12:34 MYT
Sapura Energy lantik Mohammad Azlan sebagai pengerusi
Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi berkuat kuasa 7 Mei, 2022.
KUALA LUMPUR: Sapura Energy Bhd mengumumkan pelantikan Datuk Mohammad Azlan Abdullah sebagai pengerusi berkuat kuasa 7 Mei, 2022.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini, Sapura Energy berkata Azlan menggantikan Tan Sri Shamsul Azhar Abbas yang bersara pada hari yang sama apabila mencapai usia 70 tahun.
Mohammad Azlan, 54, mula dilantik dalam Lembaga Pengarah Sapura Energy sebagai pengarah bukan eksekutif bukan bebas pada 1 Okt, 2019.
Beliau telah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (PROLINTAS) sejak 1 Mac, 2017.
Sebelum itu, beliau merupakan CEO The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd.
Mohammad Azlan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perniagaan (Perakaunan) dari University of Tasmania, Australia dan Felow CPA Australia, selain akauntan bertauliah dengan Institut Akauntan Malaysia (MIA).
Shamsul yang dilantik sebagai Pengerusi Sapura pada Julai 2020 telah menerajui Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sebagai presiden dan CEO dari 2010 hingga 2015.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sapura Energy
#Mohammad Azlan Abdullah
#pengerusi
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan