Skip to main content

Teknologi

OpenAI gabung kuota penggunaan ChatGPT, Codex mulai bulan depan

Langkah itu diambil selaras dengan usaha syarikat kecerdasan buatan (AI) berkenaan menyatukan keupayaan ChatGPT Work ke dalam antara muka utama ChatGPT yang lebih ringkas. -Gambar fail
Langkah itu diambil selaras dengan usaha syarikat kecerdasan buatan (AI) berkenaan menyatukan keupayaan ChatGPT Work ke dalam antara muka utama ChatGPT yang lebih ringkas. -Gambar fail

Ringkasan AI

  • OpenAI akan menggabungkan had penggunaan ChatGPT dan Codex di bawah satu kuota bersama untuk pelanggan Plus, Pro dan Business bermula Disember 2026.
  • Penggunaan akan diukur berdasarkan jumlah token yang diproses dan dijana, dengan model lebih canggih atau tugasan kompleks mempercepatkan penggunaan kuota.
  • Peralihan dilakukan secara berperingkat dan pengguna boleh memantau baki kuota serta masa tetapan semula melalui halaman Settings > Usage.
Advertisement

SAN FRANCISCO: OpenAI memaklumkan had penggunaan ChatGPT dan platform pengekodan Codex akan digabungkan di bawah satu kuota bersama bermula Disember 2026 bagi pelanggan pelan Plus, Pro dan Business.

Langkah itu diambil selaras dengan usaha syarikat kecerdasan buatan (AI) berkenaan menyatukan keupayaan ChatGPT Work ke dalam antara muka utama ChatGPT yang lebih ringkas, lapor Amanz.

Menurut OpenAI, penggunaan selepas ini akan diukur berdasarkan jumlah token yang diproses dan dijana oleh model AI, sekali gus menyebabkan kuota penggunaan habis dengan lebih cepat sekiranya pengguna memilih model yang lebih canggih atau melaksanakan tugasan yang lebih kompleks.

Advertisement

Bagaimanapun, syarikat itu menjelaskan perbualan menerusi mod Instant Chat tidak akan ditolak daripada had penggunaan bersama berkenaan.

OpenAI berkata proses peralihan tersebut sedang dilaksanakan secara berperingkat bagi mengelakkan gangguan terhadap aliran kerja sedia ada dan menjangkakan kebanyakan pengguna tidak akan berdepan sekatan penggunaan yang lebih kerap berbanding sebelum ini.

Advertisement

Dalam pada itu, pengguna boleh memantau baki kuota penggunaan gabungan serta masa tetapan semula menerusi halaman Settings > Usage.

Sekiranya had penggunaan dicapai, pengguna boleh menunggu sehingga kuota ditetapkan semula, menaik taraf pelan langganan atau membeli kredit tambahan untuk meneruskan penggunaan ciri yang layak.

Must Watch Video

Advertisement