SHAH ALAM: Pameran Penerbangan Selangor 2022 (SAS2022) yang diadakan pada 8 hingga 10 September mencatat potensi nilai transaksi sebanyak RM1.06 bilion, menurut Invest Selangor.
Dalam kenyataan pada Jumaat, Invest Selangor selaku penganjur program berkata acara tiga hari di SkyPark RAC, Subang itu menerima kehadiran seramai 10,563 orang, melebihi sasaran 8,000 pengunjung.
"Sebanyak 13 Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pelbagai kerjasama subsektor industri aeroangkasa telah ditandatangani sepanjang SAS2022.
"Syarikat teknologi penerbangan hijau berpangkalan di Hong Kong, Volar Air Mobility Ltd yang memeterai MoU terbesar bernilai RM675.1 juta pada SAS 2022 berhasrat memperkenalkan perkhidmatan teksi udara hijau yang pertama di Malaysia dalam masa dua tahun," katanya.
"MoU tersebut melibatkan pembuatan pesawat berpotensi; penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih; latihan perkhidmatan teksi udara; dan penyelidikan dan pembangunan dalam tempoh lima tahun," katanya.
Acara itu turut berjaya menghimpunkan 62 pempamer dari lima negara yang mewakili industri penerbangan dan aeroangkasa terbaik dunia, mempamerkan barang pameran mereka sama ada di tarmak (landasan) atau reruai pameran.
Menurut Invest Selangor, sebanyak 30 pesawat statik dipamerkan, hampir dua kali ganda berbanding pada SAS 2021.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Sebanyak 13 Memorandum Persefahaman (MoU) mengenai pelbagai kerjasama subsektor industri aeroangkasa telah ditandatangani sepanjang SAS2022. - Gambar hiasan
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
SAS2022 catat nilai transaksi RM1.06 bilion - Invest Selangor
Acara tiga hari di SkyPark RAC, Subang itu menerima kehadiran seramai 10,563 orang, melebihi sasaran 8,000 pengunjung.
Pameran Penerbangan Selangor 2022 sasar potensi nilai transaksi RM700 juta
Ia dijangka bakal menarik 10,000 pengunjung dengan penyertaan 63 ruang pameran dan 58 syarikat dari dalam dan luar negara.