KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) merancang untuk memperkenalkan mekanisme pindahan diperkemas yang akan membolehkan syarikat pasaran ACE berkelayakan berpindah ke Pasaran Utama mulai 2024, kata Pengerusinya, Datuk Seri Awang Adek Hussin.
Beliau berkata, SC bersama-sama Bursa Malaysia sedang berusaha untuk meningkatkan kecekapan di pasaran awam bagi memudahkan tawaran awam permulaan (IPO) kepada syarikat pemula niaga menerusi pendekatan seperti mengurangkan masa ke pasaran bagi syarikat yang bercadang disenaraikan di bursa saham.
"Perincian kerangka pindahan automatik yang dicadangkan ini akan diumumkan akhir bulan ini. Pengenalan proses pindahan baharu yang diperkemas dan dipercepat akan melicinkan pindahan untuk penyenaraian bagi menggalakkan syarikat Pasaran ACE yang besar dan berkualiti ke Pasaran Utama.
"Apabila berada di Pasaran Utama, ini akan membuka peluang kepada pelabur asing yang ingin turut serta. Ini sewajarnya akan menggalakkan penyertaan asing yang lebih baik di pasaran utama kita," kata Awang Adek dalam ucapannya pada Forum Usaha Niaga Malaysia 2023, di sini, pada Rabu.
Beliau berkata, pasaran utama memainkan peranan penting untuk membolehkan akses yang lebih baik bagi membiayai syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).
Sehubungan itu, SC telah melaksanakan pendekatan proaktif untuk memudahkan penjanaan dana kepada perniagaan, terutamanya pada peringkat awal pembiayaan.
"Usaha kami termasuk menerima instrumen kewangan fleksibel, memudahkan pilihan keluar yang lebih efisien, menggalakkan lebih banyak pelaburan ke pasaran swasta dan mewujudkan perkongsian dan kerjasama, sebagai aspek penting untuk memupuk ekosistem modal teroka dan ekuiti swasta yang aktif," katanya.
Awang Adek berkata, SC dan Bursa Malaysia akan terus memudahkan laluan kepada syarikat yang berpotensi baik dan inisiatif pasaran modal baru-baru ini yang menyasarkan untuk menyokong syarikat yang bersedia dengan IPO, dijangka memberikan impak positif.
"Ini termasuk potongan cukai kepada syarikat berasaskan teknologi berkelayakan di Pasaran Utama dan ACE. Konsesi kepada cukai keuntungan modal yang akan dilaksanakan kelak akan disediakan untuk IPO di Bursa Malaysia.
"Langkah ini dihasilkan untuk meningkatkan usaha penjanaan dana, menyokong pasaran IPO yang aktif dan menambah baik mudah tunai dagangan," katanya.
Beliau berkata, pada tahun ini SC menyaksikan perancangan yang baik bagi IPO, dengan 32 syarikat diluluskan untuk penyenaraian di Bursa Malaysia setakat ini, kebanyakannya berkaitan teknologi.
Malaysia telah melaksanakan dasar bersasar untuk menggalakkan ekosistem syarikat pemula niaga yang lebih dinamik, yang turut merangkumi RM90 bilion yang akan dilaburkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.
Syarikat pemula niaga dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dijangka berperanan penting untuk menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak RM30.8 bilion menjelang 2030.
SC juga bercadang untuk memperkenalkan pengecualian tawaran kecil dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan (CMSA) tahun depan, untuk menyediakan safe harbour bagi tawaran saiz tertentu kepada pelabur sofistikated.
Safe harbour merujuk kepada peruntukan undang-undang bagi mengenepikan atau menghapuskan liabiliti undang-undang atau peraturan dalam situasi tertentu dengan syarat-syarat tertentu dipenuhi.
"Langkah ini bertujuan mengurangkan beban peraturan dalam proses penjanaan dana untuk syarikat pemula niaga dan PMKS, serta menyediakan kejelasan untuk instrumen seperti perjanjian mudah untuk masa depan ekuiti (SAFE) dan nota boleh tukar, yang semakin menjadi kebiasaan bagi pendanaan syarikat pemula niaga," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Dec 06 2023
Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata pasaran utama memainkan peranan penting untuk membolehkan akses yang lebih baik bagi membiayai syarikat pemula niaga dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS). - Gambar fail/BERNAMA
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
Permodalan pasaran ekuiti meningkat bukti pemulihan ekonomi Malaysia - PM Anwar
Peningkatan permodalan pasaran ekuiti Malaysia tahun ini, yang melepasi RM2 trilion, adalah bukti pemulihan ekonomi negara ini.
SC tambah 19 entiti klon berpotensi, lapan entiti tidak sah dalam senarai peringatan pelabur
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengemas kini Senarai Peringatan Pelabur dengan menambah 19 entiti klon yang berpotensi dan lapan entiti yang tidak sah setakat 18 Okt, 2024.
UOB Kay Hian perkenal 16 derivatif patuh syariah global
UOB Kay Hian secara rasmi melancarkan 16 kontrak niaga hadapan komoditi global patuh syariah pada Khamis.
SC beri amaran mengenai penipuan pelaburan 'deepfake'
SC berkata pelaku penipuan itu biasanya memulakan aktiviti jenayah dengan menyiarkan video 'deepfake' pada platform media sosial, yang kemudiannya disebarkan melalui aplikasi pemesejan.
BNM, SC akan tubuh IDRS, tingkat keberkesanan skim penyelesaian pertikaian
MoF menjelaskan IDRS bertujuan meningkatkan tahap keberkesanan skim penyelesaian pertikaian pengguna kewangan dan pelabur secara keseluruhan.
SC beri amaran kepada orang ramai penipuan pelaburan pra-IPO
SC memberi amaran kepada orang ramai mengenai penipuan pelaburan yang menjerat pelabur dengan saham pra-tawaran awam permulaan (IPO) syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia.
Suruhanjaya Sekuriti akan lancar Bursa Sosial pada akhir tahun ini - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dijangka melancarkan Bursa Sosial, yang pertama seumpamanya di ASEAN, menjelang akhir tahun ini.
SC akan bangunkan rangka kerja terperinci pelaksanaan Bursa Sosial - Pengerusi
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) akan mengeluarkan rangka kerja terperinci mengenai pelaksanaan Bursa Sosial (SE) dalam masa terdekat.
MOF mahu langkah berkaitan Pasaran LEAP baharu tersedia awal tahun depan
Kementerian Kewangan mengarahkan SC untuk menentuukur semula Pasaran LEAP bagi menangani isu akses pembiayaan terhadap PMKS dan syarikat peringkat pertengahan.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.