awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scomi Engineering bina kemudahan pembuatan tren RM56 juta di Sao Paulo

Bernama
Bernama
13/03/2016
02:18 MYT
Scomi Engineering bina kemudahan pembuatan tren RM56 juta di Sao Paulo
Kemudahan pembuatan Scomi Engineering Bhd (SEB) di Sao Paulo dijangka dapat mengukuhkan kedudukan kumpulan di pasaran.
Kemudahan pembuatan Scomi Engineering Bhd (SEB) di Sao Paulo, Brazil, yang mencontohi kemudahan utamanya di sini, dijangka dapat mengukuhkan kedudukan kumpulan di pasaran.
Kemudahan yang melibatkan kos sebanyak 50 juta Real Brazil (kira-kira RM56 juta), dibina di kawasan seluas 98,000 meter persegi, akan digunakan untuk mengeluarkan tren monorel dan gerabak.
Tapak berkenaan diberikan kepada SEB oleh kerajaan Sao Paulo sebagai pengiktirafan komitmen syarikat untuk membangunkan infrastruktur pengangkutan bandar Brazil itu, demikian menurut SEB dalam satu kenyataan hari ini.
SEB mengadakan majlis pecah tanah bagi kemudahan itu, di Taubate, Tenggara Brazil pada 10 Mac, yang dihadiri Gabenor Sao Paulo Geraldo Alckmin, Datuk Bandar Taubate Jose Bernardo Ortiz Monteiro Jr dan para pegawai pihak berkuasa bandar raya Sao Paulo.
SEB diwakili Presiden Negara bagi Operasi Brazil, Hilmy Zaini Zainal.
"Pelaburan ini adalah sebahagian daripada strategi kami untuk menumpukan pembuatan tren monorel setempat. Ini akan membantu kami meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pembangunan modal insan tempatan melalui peluang pekerjaan," kata Hilmy.
Semua proses serta reka bentuk pembuatan akan seiring dengan pusat pembuatan Kuala Lumpur.
Kemudahan di Taubate yang strategik terletak antara dua bandar paling penting di Brazil iaitu Sao Paulo dan Rio de Janeiro, dengan akses yang baik ke pelabuhan dan rangkaian jalan utama, katanya.
"Kami telah berada di pasaran Brazil selama beberapa tahun. Sejak mendapat kontrak monorel pertama kami bagi Line 17 – Gold, kami meneruskan usaha dengan meraih dua lagi projek Brazil, Manaus and Line 18 – Bronze.
"Kami percaya terdapat banyak peluang di Brazil yang boleh diambil kesempatan dan komitmen kami untuk kemudahan ini akan mengukuhkan kedudukan syarikat dalam pasaran ini," kata Hilmy.
Apabila beroperasi kelak, kemudahan itu akan mengeluarkan tren monorel bagi projek-projek Line 17 - Gold dan Line 18 – Bronze Sao Paulo dan mempunyai keupayaan untuk membina tren metro dan tren aliran ringan.
Kemudahan itu akan dibina secara berperingkat dan operasi dijadualkan bermula pada 2017.
Topic Berkaitan
#Brazil dijangka dapat mengukuhkan kedudukan kumpulan di pasaran
#Hilmy Zaini Zainal
#Kemudahan pembuatan Scomi Engineering Bhd (SEB) di Sao Paulo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan