awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
11 MoU dimeterai perkukuh kedudukan negara sebagai rakan strategik India
Enam maut dalam insiden bangunan runtuh di utara Lubnan
Aktivis Nobel Iran, Narges Mohammadi dijatuhi hukuman penjara tambahan tujuh tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor defensif pilihan strategik pelabur berdepan ketidaktentuan ekonomi

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
02/12/2024
04:30 MYT
Sektor defensif pilihan strategik pelabur berdepan ketidaktentuan ekonomi
Mohd Sedek berkata sektor kewangan Malaysia kekal sebagai antara pilihan defensif terbaik. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Dalam menghadapi ketidakpastian ekonomi global, sektor defensif menjadi pilihan utama pelabur Malaysia yang ingin melindungi modal sambil memperoleh pulangan yang konsisten.
Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan menjelaskan bahawa sektor seperti perkhidmatan kewangan, amanah pelaburan hartanah (REIT), barangan pengguna asas, utiliti dan penjagaan kesihatan menawarkan kestabilan pendapatan kerana permintaan terhadap perkhidmatan mereka kekal kukuh tanpa mengira keadaan ekonomi.
Ujarnya, sektor kewangan Malaysia kekal sebagai antara pilihan defensif terbaik.
“Bank-bank tempatan telah menunjukkan daya tahan yang luar biasa, disokong oleh margin faedah bersih yang kukuh, pertumbuhan pinjaman yang sihat, dan pengurusan kos yang berkesan.
“Pada suku ketiga 2024, sektor ini mencatatkan prestasi memberangsangkan, dengan saham-saham bank mengatasi banyak sektor lain. Pertumbuhan sektor perkhidmatan sebanyak 5.1 peratus tahun ke tahun menjadi bukti pentingnya sektor ini kepada kestabilan ekonomi Malaysia,” tambahnya.
Sementara itu, REIT pula menawarkan peluang pelaburan yang menarik dalam tempoh ketidaktentuan.
“Dengan akses kepada aset hartanah komersial seperti pusat membeli-belah, pejabat, dan gudang logistik, REIT menjana pendapatan konsisten melalui dividen.
“Di Malaysia, REIT yang tertumpu pada sektor logistik dan penjagaan kesihatan menunjukkan daya tahan yang tinggi, walaupun risiko tertentu seperti permintaan ruang runcit perlu diambil kira,” jelas Sedek.
Tambah beliau, selain kewangan dan REIT, sektor barangan pengguna asas, utiliti, dan penjagaan kesihatan turut memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan portfolio pelabur.
“Produk asas seperti makanan dan minuman kekal mendapat permintaan tinggi tanpa mengira keadaan ekonomi, manakala utiliti menyediakan pendapatan stabil kerana keperluan asas seperti air dan tenaga sentiasa diperlukan.
“Sektor penjagaan kesihatan pula menonjol sebagai sektor yang terus berkembang kerana sifatnya yang bersifat keperluan, merangkumi farmaseutikal dan kemudahan perubatan,” kongsi beliau ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Isnin.
Topic Berkaitan
#pelabur
#pasaran
#sektor defensif
#Mohd Sedek Jantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan