awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sektor keusahawanan sosial teruja penambahan bajet TEKUN - MaGIC

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
27/10/2017
13:50 MYT
Sektor keusahawanan sosial teruja penambahan bajet TEKUN - MaGIC
Pada Jumaat, Perdana Menteri mengumumkan setengah bilion ringgit melalui Skim Pembiayaan Tekun Nasional (TEKUN) dan tambahan RM200 juta lagi kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). - Gambar fail
Keusahawanan sosial memberikan reaksi positif dengan peruntukan paling tinggi yang diberikan kepada Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dalam pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Rakyat di sini hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) Ashran Ghazi berkata, pihaknya menyambut baik dengan pengumuman berkenaan yang dilihat selari dengan kerjasama yang bakal diadakan pihaknya bersama TEKUN.
“Terdapat beberapa inisiatif melibatkan sektor sosial di mana keusahawanan sosial diberi penekanan, ada dana yang diketengahkan agar usahawan sosial dapat banyak kebaikan dari inisiatif yang diberi.
"Kita juga amat teruja degan penekanan yang diberikan kepada TEKUN, kerana MaGIC ada perjanjian dengan TEKUN bagi menskalakan lagi keusahawanan sosial dengan bantuan kewangan dari institusi tersebut, dan bajet tahun ini sememangnya selari dengan apa yang usaha kita sekarang,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Pada Jumaat, Perdana Menteri mengumumkan setengah bilion ringgit melalui Skim Pembiayaan Tekun Nasional (TEKUN) dan tambahan RM200 juta lagi kepada Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Selain itu, di bawah peruntukan pembangunan, sektor ekonomi menerima agihan tertinggi sebanyak 26.34 bilion ringgit dan dari jumlah itu, sektor sosial menerima sejumlah 11.72 bilion ringgit.
UNTUK LIPUTAN KOMPREHENSIF BAJET 2018
Topic Berkaitan
#AIM
#Amanah Ikhtiar Malaysia
#Ashran Ghazi
#Bajet 2018
#MaGIC
#Najib Razak
#Skim Pembiayaan Tekun Nasional
#Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga
#usahawan sosial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan