SENAI: Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) menjangka menarik pelaburan langsung asing (FDI) baharu bernilai RM250 juta daripada tiga pelabur antarabangsa menjelang akhir tahun ini.
Pelabur antarabangsa yang terlibat dalam sektor elektrik dan elektronik bersedia memanfaatkan 40.47 hektar tanah dalam pembangunan perindustrian bersepadu yang dikenali sebagai Senai Airport City (SAC).
Ketua Pegawai Eksekutif SACSB Gan Seng Keong berkata syarikat tersebut hampir memuktamadkan perjanjian itu yang melibatkan dua syarikat dari Taiwan dan satu syarikat dari Jerman.
"Kami hanya menumpukan kepada industri bersih dan berteknologi tinggi di SAC dan membina ekosistem yang berkaitan untuk menarik lebih banyak pelabur ke Johor," katanya dalam taklimat media di sini hari ini.
SACSB ialah anak syarikat milik penuh Senai Airport Terminal Services Sdn Bhd, yang kemudiannya anak syarikat milik penuh konglomerat utiliti dan infrastruktur MMC Corporation Bhd.
SAC yang merangkumi pembangunan seluas 1,099.94 hektar akan dibina mengikut lima fasa dan dijangka siap sepenuhnya pada 2025, dengan jumlah nilai pembangunan kasar RM5 bilion.
Gan berkata kebanyakan daripada industri bersih dan berteknologi tinggi adalah automatik, yang memerlukan lebih banyak buruh berkemahiran tinggi.
Oleh itu, syarikat menjangkakan penglibatan sebanyak 3000 tenaga buruh pada fasa pertama dengan 90 peratus daripadanya warga tempatan.
"Persaingan dengan Singapura sentiasa ada dari segi mendapatkan pekerja. Bagaimanapun, kehadiran lebih ramai pelabur asing ke Johor sewajarnya dapat mengimbangi cabaran membabitkan buruh tempatan untuk kekal dan bekerja dengan syarikat multinasional di Malaysia," katanya.
Gan berkata fasa pertama yang berkeluasan 465.39 hektar telah dilengkapkan dengan platform dan infrastruktur, manakala 202.34 hektar lagi telah dibina dengan platform untuk fasa kedua dengan infrastruktur selainnya sedang disediakan.
"Setakat ini, SAC telah melabur sebanyak RM500 juta bagi kerja-kerja tanah dan infrastruktur asas untuk fasa pertama dan RM200 juta bagi fasa kedua," katanya.
Gan berkata SACSB terus meningkatkan nilai pembangunan itu dan pada masa ini bercadang membina persimpangan bertingkat di sepanjang Lebuhraya Senai Desaru ke SAC, sebagai akses langsung daripada pembangunan SAC ke Pelabuhan Johor.
"Kami bercadang untuk memulakan pembinaan pada separuh kedua tahun ini dan akan siap menjelang akhir tahun depan," katanya.
SAC terletak di Iskandar Malaysia dan mempunyai infrastruktur tersedia serta lokasi yang strategik bagi FDI di Malaysia.
Akses strategiknya ke pelabuhan utama seperti Pelabuhan Johor dan Pelabuhan Tanjung Pelepas serta Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Lapangan Terbang Changi di Singapura, menyediakan logistik yang lancar melalui pengangkutan darat, laut dan udara ke bandar-bandar utama di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 22 2023
Syarikat tersebut hampir memuktamadkan perjanjian itu yang melibatkan dua syarikat dari Taiwan dan satu syarikat dari Jerman. - Foto Astro AWANI
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Senai Airport City dijangka terima FDI RM250 juta menjelang akhir tahun ini
Senai Airport City Sdn Bhd (SACSB) menjangka menarik pelaburan langsung asing (FDI) baharu bernilai RM250 juta daripada tiga pelabur antarabangsa menjelang akhir tahun ini.