awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
AI diguna hasilkan ribuan video penderaan seksual kanak-kanak pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan

Bernama
Bernama
04/12/2024
12:45 MYT
Senarai perkhidmatan tertakluk kepada peluasan skop SST diumumkan awal tahun depan
Lim Hui Ying berkata senarai itu akan bergantung kepada hasil sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Senarai perkhidmatan yang tertaluk kepada peluasan skop cukai jualan dan perkhidmatan (SST) akan diumumkan awal tahun depan sebelum dilaksanakan mulai 1 Mei, 2025, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.
Beliau berkata senarai itu akan bergantung kepada hasil sesi libat urus bersama pihak berkepentingan yang sedang dijalankan oleh Kementerian Kewangan.
Kerajaan juga belum berhasrat untuk melaksanakan semula cukai barang dan perkhidmatan (GST), katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024, di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata SST lebih mudah difahami oleh peniaga dan rakyat kerana telah dilaksanakan selama lebih 40 tahun dan masih boleh ditambah baik.
Jika kerajaan memperkenalkan semula GST, langkah itu memerlukan tempoh persediaan yang lebih panjang bagi pihak kerajaan dan industri, katanya.
"Kerajaan akan terus memastikan penambahbaikan sistem cukai sedia ada tidak memberi kesan kepada golongan rentan, aspek kesan regresif dikurangkan dan kesan inflasi yang terkawal sebelum menilai keperluan untuk memperkenalkan (semula) cukai seperti GST," katanya.
Terdahulu, Dewan Rakyat meluluskan RUU Langkah-Langkah Bagi Pemungutan, Pentadbiran dan Penguatkuasaan Cukai 2024 dengan lebih suara bersetuju selepas bacaan kali ketiga oleh Lim.
RUU itu bertujuan melaksanakan pindaan untuk menambah baik pentadbiran cukai langsung dan cukai tidak langsung terutama dalam aspek proses pemungutan, pentadbiran dan penguatkuasaan cukai.
RUU Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (Pindaan) (No.2) 2024 juga diluluskan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#GST
#Inflasi
#Dewan Rakyat
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan