awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serba Dinamik peroleh pembaharuan lesen setahun daripada Petronas

Bernama
Bernama
01/06/2022
00:30 MYT
Serba Dinamik peroleh pembaharuan lesen setahun daripada Petronas
Serba Dinamik akan mematuhi terma yang dikenakan oleh Petronas dan akan menyerahkan penyata kewangan serta jaminan yang diperlukan. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Petronas memperbaharui lesen Serba Dinamik Sdn Bhd untuk terus menawarkan bekalan dan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas negara itu serta kontraktornya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Serba Dinamik berkata pembaharuan itu, berkuat kuasa 30 Mei 2022, adalah untuk tempoh setahun.
Lesen itu menetapkan bahawa Serba Dinamik hendaklah, dalam tempoh setahun daripada tarikh kuat kuasa, menyerahkan penyata kewangan yang diaudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2022, dengan sewajarnya disertai laporan lengkap juruaudit.
"Selain itu, Serba Dinamik dikehendaki mengemukakan jaminan kewangan sebagai prasyarat untuk semua dan setiap penyertaan Serba Dinamik dalam tender yang dimulakan/atau dijalankan dalam tempoh setahun dari tarikh kuat kuasa.
"Petronas akan berhubung dengan Serba Dinamik mengenai butiran keperluan jaminan kewangan, dalam masa terdekat," katanya.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Serba Dinamik Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata pembaharuan itu membolehkan syarikat menyelaraskan semula dengan kukuh pada aspek kewangannya.
"Ini menandakan kepercayaan Petronas terhadap kami. Memandangkan keadaan dan isu perundangan yang kami hadapi pada tahun lalu, pembaharuan ini sangat bermakna.
"Kami boleh terus mengambil bahagian dalam pelbagai bidaan dan terus melaksanakan kontrak sedia ada kami," katanya.
Beliau juga menyebut bahawa syarikat itu akan mematuhi terma yang dikenakan oleh Petronas dan akan menyerahkan penyata kewangan serta jaminan yang diperlukan.
"Kami akan menggunakan sepenuhnya pelaburan kami ke dalam aset kami, baik dalam sumber manusia dan peralatan canggih, untuk digunakan dalam menjana jualan dan hasil bagi syarikat," tambahnya.
Ia menjadi syarat wajib bagi Serba Dinamik untuk mendapatkan lesen daripada Petronas untuk menyertai industri minyak dan gas di Malaysia.
"Lesen ini memudahkan Serba Dinamik untuk memudahkan penyediaan produk dan perkhidmatan kepada syarikat minyak utama, pengendali serta penyedia perkhidmatan minyak dan gas lain dalam industri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#Petronas
#perbaharui lesen setahun
#penyata kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan