awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Senyap tetapi berimpak, fungsi berterusan universiti memperkasa komuniti
Mengenang Madeline: Hilangnya 'permata' Sarawak yang luar biasa
Stadium Nasional Bukit Jalil dapat penarafan cemerlang daripada FIFA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Serba Dinamik terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini

Bernama
Bernama
03/01/2022
14:41 MYT
Serba Dinamik  terbit laporan tahunan pada 6 Jan ini
Syarikat itu telah terlepas tarikh akhir untuk mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021. - Gambar fail/ Dagangnews.com
KUALA LUMPUR: Serba Dinamik Holdings Bhd (SDHB) akan menerbitkan laporan tahunan 2021 menjelang 6 Januari kerana ia memerlukan lebih banyak masa untuk mengemas kini "penyata atau laporan dalam laporan tahunan dan membuat pengaturan untuk percetakan."
Syarikat itu telah terlepas tarikh akhir untuk mengemukakan laporan tahunan bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2021.
"Syarikat akan mengeluarkan laporan tahunan secepat mungkin pada tarikh terbitan yang dijangkakan di atas," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini dan merujuk kepada pengumuman yang dibuat pada 25 Nov serta 10 Dis lepas berhubung penerbitan laporan tahunan itu.
Pada 25 Nov lepas, SDHB memberitahu bursa susulan perubahan juruaudit luar dan kesan sekatan pergerakan di Malaysia serta luar negara akibat pandemik COVID-19, audit penyata kewangan bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun (AFS 2021) telah terjejas.
Katanya, AFS 2021 tidak dapat dimuktamadkan dalam masa yang ditetapkan untuk dirangkumkan dalam laporan tahunan bagi tempoh kewangan berakhir 30 Jun 2021 bagi diterbitkan pada 30 Nov melalui suratnya bertarikh 25 Okt (permohonan lanjutan masa pertama).
Bursa Malaysia telah menolak permohonan syarikat dan rayuan untuk menangguhkan penyerahan laporan tahun kewangan 2021 daripada tarikh akhir awal yang sepatutnya iaitu 30 Nov 2021.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#laporan tahunan 2021
#Bursa Malaysia
#audit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan