SHOPEE kini mengumumkan peningkatan yuran komisen penggunaan platform mereka, dinamakan Shopee Marketplace Commission Fee.
Yuran baharu akan mula aktif pada 20 Mac 2024, di mana ia memperlihatkan peningatkan kadar komisen sehingga sekali ganda.
Melalui beberapa contoh diberikan, antaranya barangan elektronik dengan kadar yuran komisen semasa antara 2.5% dan 4%, akan ditingkatkan menjadi antara 4% dan 8%.
Begitu juga untuk kategori FMCG yang akan mencapai kadar 8% di bawah struktur yuran baharu, barangan fesyen mencapai 7% dan barangan gaya hidup mencapai 7%.
Kadar ini adalah tanpa penyertaan SST, di mana dengan penyertaan caj SST 8%, ia akan mencapai lebih tinggi sedikit.
Shopee menyatakan yuran ini akan dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari sahaja.
Sementara kedai di bawah 120 hari tidak akan dikenakan sebarang caj yuran komisen.
Bagi penjual di Shopee, boleh menyemak perkara ini, dan bersedia dengan pelaksanaannya pada 20 Mac 2024 kelak.
Amanz
Fri Mar 15 2024
Menurut Shopee, caj yuran komisen hanya dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari manakala kedai di bawah 120 hari tidak akan dikenakan sebarang caj yuran komisen.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Nur Shazrin kemungkinan 'terpaksa' melupakan penampilan kali ketiganya di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan pada tangan kanannya ketika menyertai kejohanan Last Chance Regatta di Hyeres.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Sebanyak 49.8 peratus atau 538 daripada 1,080 taska yang tidak berdaftar dengan JKM di negara ini telah diambil tindakan penguatkuasaan dan pentadbiran.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
AAG mencatatkan prestasi yang bertambah baik dengan merekodkan faktor muatan sebanyak 90 peratus pada suku pertama 2024, mencerminkan peningkatan satu peratus tahun ke tahun.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
Kerajaan komited lahirkan lebih ramai teknousahawan
Anugerah Teknousahawan TVET@KKDW diperkenalkan bagi memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada institusi, pengajar, pelajar, graduan dan alumni yang telah menunjukkan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan TVET.
Kedah bakal bangunkan LRT di Langkawi
Kedah merancang membina sistem tren Transit Aliran Ringan (LRT) menggunakan teknologi levitasi magnet di Langkawi
Kes pedofilia MRSM Tumpat diklasifikasikan fitnah, tiada bukti kukuh
Kes pedofilia terhadap seorang guru Maktab Rendah Sains Mara di Tumpat diklasifikasikan sebagai fitnah selepas siasatan tidak menemui bukti kukuh berhubung kes itu, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun.
Kerajaan berusaha tangani inflasi, tingkat kuasa beli rakyat
Menurut Datuk Armizan Mohd Ali, kerajaan tidak berdiam diri dalam menangani masalah inflasi termasuk melalui pelaksanaan pelbagai bentuk intervensi seperti kawalan harga.
Keutamaan negara Asia Barat untuk penuhi hasrat rakyat Palestin
Sekiranya Palestin diberikan negara dan kebebasan, mana-mana pihak tidak perlu lagi campur tangan dan tidak ada lagi konflik di Timur Tengah.
Shopee kongsi tarikh akhir penghantaran barangan untuk diterima sebelum Hari Raya
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan membuat perancangan dan tidak membuat pembelian barangan pada saat akhir.
Shopee tingkat caj yuran komisen penjual - naik hingga sekali ganda
Shopee menyatakan yuran ini akan dikenakan pada kedai yang telah beroperasi lebih 120 hari sahaja.
Shopee kenakan caj 'Kos Penghantaran SST' untuk pembelian bermula hari ini
Shopee menyatakan caj SST ke atas yuran penghantaran ini dikutip berdasarkan kepada Jumlah Kos Penghantaran selepas ditolak diskaun.
Shopee umum peningkatan kadar caj selari peningkatan cukai SST berkuat kuasa 1 Mac
Selari dengan itu, caj perkhidmatan di Shopee turut memperlihatkan peningkatan, meliputi caj transaksi, caj komisyen, dan pelbagai caj lain.
Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.
9 daripada 10 rakyat Malaysia gemar beli belah dalam talian, 60 peratus sokong penjual tempatan
Ia merupakan dapatan utama dalam kajian pasaran platform e-dagang, Shopee melibatkan lebih 3,000 responden yang dijalankan pada Julai dan Ogos tahun ini.
Kempen Click, Pay and Earn 2022 mudahkan peminjam PTPTN bayar balik pinjaman
Kempen itu adalah kerjasama kedua dengan Shopee, BESTPay dan SpayGlobal (SarawakPay) sejak 2021.
Lima gajet ini boleh jadikan rumah anda kediaman pintar
Bayangkan anda memberi arahan atau berinteraksi secara verbal dengan teknologi dan gajet untuk memudahkan urusan harian.
Malas kemas rumah? Ini senarai produk bantu mudahkan kerja anda
Tunggu apa lagi? Dapatkan produk yang disenaraikan sekarang dan rasai pengalaman mengemas rumah yang menakjubkan.
Shopee, Finas bekerjasama sempena sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia
Kerjasama itu bertujuan untuk menanam rasa cinta dan penghargaan yang lebih dalam kepada negara.