KUALA LUMPUR : Persidangan Perniagaan ASEAN Selangor (SABC) 2021 menghimpunkan pakar-pakar ekonomi dari seluruh rantau ASEAN termasuk delegasi kerajaan, pemain industri, persatuan perdagangan dan ramai lagi untuk membincangkan trend perniagaan.

Bertemakan “Sustaining Growth within ASEAN through Innovation”, SABC tahun ini diadakan secara dalam talian dan secara fizikal.

SABC 2021 yang diadakan sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2021 dibuka dengan Sesi Panel Duta dengan tema “Innovation in Sustaining Growth in ASEAN”.

Ia antara lain membincangkan bagaimana negara rantau ASEAN mempertimbangkan idea untuk meningkatkan pelaburan dan pertumbuhan ekonomi.

Selain membuka peluang untuk menyambung semula perdagangan, bertukar kepada idea baharu demi memulihkan ekonomi berasaskan perkhidmatan, dan memupuk inisiatif digital.

Ia antara lain akan membentangkan berkenaan pelan pemulihan ekonomi dengan fokus spesifik terutamanya dengan kemajuan teknologi selari dengan kehidupan norma baharu dan mengukuhkan sinergi dalam kalangan  Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC).