Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur-Singapura antara 40 projek dengan anggaran kos US$47 bilion (RM204 bilion) yang telah diluluskan pada Sidang Kemuncak Ke-10 Kawasan Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT) yang berlangsung di Manila, Filipina pada Sabtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang membentangkan laporan kemajuan IMT-GT berkata perkara terbabit tersenarai di bawah dokumen perancangan ''IMT-GT Vision 2036'' dan ''IMT-GT Implementation Blueprint 2017-2021''.
“Kedua-dua dokumen ini merupakan dokumen kesinambungan kepada IMT-GT Implementation Blueprint bagi tempoh 2012-2016.
"Dokumen perancangan IMT-GT tersebut juga menyenaraikan sebanyak 40 projek kesalinghubungan fizikal dengan anggaran kos sebanyak AS$47 bilion yang akan dilaksanakan oleh ketiga-tiga negara IMT-GT,” kata Abdul Rahman dalam satu kenyataan.
Laporan itu dibentangkan di sidang kemuncak ke-10 IMT-GT di Manila yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan turut dihadiri oleh Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Thailand Prayut Chan-O-Cha.
Tambahnya, projek ini akan dilaksanakan dalam tempoh 2017 hingga 2021.
Ini termasuk Projek Keretapi Laju Kuala Lumpur – Singapura, Projek Keretapi Pantai Timur, Projek Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis.
Dalam perkembangan lain, Abdul Rahman juga memaklumkan telah menghadiri Sidang Kemuncak Ke-12 Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) sebagai Menteri Bertanggungjawab keatas BIMP-EAGA Malaysia.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan juga dihadiri Perdana Menteri.
Pada sidang kemuncak ini, para pemimpin negara/kerajaan BIMP-EAGA telah mengambil maklum kemajuan BIMP-EAGA bagi tahun 2016 dan meluluskan dokumen perancangan BIMP-EAGA, iaitu BIMP-EAGA Vision 2025 (BEV 2025).
“Dokumen BEV 2025 ini merupakan dokumen kesinambungan kepada BIMP-EAGA Implementation Blueprint bagi tempoh 2012-2016.
“Dokumen perancangan BEV 2025 ini tersebut telah menyenaraikan sebanyak 57 projek infrastruktur keutamaan dengan anggaran kos bernilai AS$21 billion yang akan dilaksanakan oleh keempat-empat negara BIMP-EAGA,” katanya.
Antara projek di sebelah Malaysia ialah Projek Lebuhraya Pan-Borneo (Sabah), Projek Lebuhraya Pan-Borneo (Sarawak), Projek Pembesaran Pelabuhan Teluk Sepanggar, Projek Pengorekan Pelabuhan Kuching dan Pelabuhan Tawau dan Projek Pembinaan Lapangan Terbang Mukah.
“Projek-projek ini akan menjadi pemangkin kepada proses integrasi ekonomi antara negeri/provinsi dalam kawasan kerjasama serantau BIMP-EAGA,” tambahnya dalam kenyataan itu lagi.
Astro Awani
Sun Apr 30 2017
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan bersama Presiden Indonesia Joko Widodo di sidang kemuncak ke-10 IMT-GT. -Foto: Jabatan Perdana Menteri
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Gandingan dengan Abdul Rahman mampu perkukuh UMNO Sabah - Bung Moktar
Menurut Bung Moktar, beliau boleh bekerjasama dan suka digandingkan dengan Abdul Rahman.
Kesesakan tol RFID: Semua pihak terlibat dipanggil berbincang - Nanta
Beliau menerima aduan melalui Twitter Abdul Rahman Dahlan berkaitan perkara itu yang dipanjangkan kepada Anthony Loke.
PRU15: Rahman Dahlan kembali, Mohamad Alamin kekal di Kimanis
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu diletakkan di kerusi Parlimen Kota Belud.
Agenda belum selesai, Abdul Rahman Dahlan mahu kembali ke Kota Belud
Abdul Rahman berhasrat membangunkan Kota Belud yang mempunyai potensi cukup besar dalam pelbagai aspek terutamanya dalam konteks pendidikan dan pertanian.
PRU15: Abdul Rahman tawar diri jadi calon Parlimen
Ia bergantung kepada keputusan parti dan Abdul Rahman berkata beliau akan patuh dengan sebarang keputusan mengenainya.
'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'
Abdul Rahman berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
Dua Ketua UMNO Bahagian letak jawatan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti
Abdul Rahman dan Shah Headan Ayoob letak jawatan selaras dengan ketetapan yang telah diputuskan di dalam MKT UMNO pada 3 Ogos lepas.
Audio tular: MKT UMNO tidak boleh dilihat tamak haloba - Penganalisis
Setiap pemimpin tertinggi UMNO harus mengelak daripada dilihat tamak haloba dan mengenepikan nasib rakyat ketika negara sedang melalui fasa kritikal memerangi COVID-19.
PAU2020: Kerjasama Bersatu dan UMNO hanya bawa ketidakstabilan politik - Rahman Dahlan
Kerjasama diantara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya akan menyaksikan ketidakstabilan politik berlaku di negara ini.
PRN Sabah: Muhyiddin umum Gabungan Rakyat Sabah
Gabungan itu terdiri daripada kerjasama antara Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).