awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sidec lancar Anugerah Peniaga E-Dagang Utama Malaysia edisi ketujuh

Ehsan A Marisah
Ehsan A Marisah
23/08/2022
11:07 MYT
Sidec lancar Anugerah Peniaga E-Dagang Utama Malaysia edisi ketujuh
Jelas Kai Ping, pihaknya komited membina ekonomi digital yang berkembang kini dengan memupuk perniagaan dalam ekosistem holistik baharu. - Foto Sidec
SHAH ALAM: Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) hari ini merasmikan pelancaran Anugerah Peniaga E-dagang Utama Malaysia (Top ECM) 2022 bagi terus memperkasakan dan meraikan keusahawanan digital.
Top ECM yang memasuki edisi ketujuh itu disokong Affin Bank Berhad (Affin Bank) sebagai penaja utama dengan kerjasama platform e-dagang SUBPLACE yang antara lain mengiktiraf peniaga yang memanfaatkan platform e-dagang untuk pemasaran produk dan perkhidmatan dalam talian, di samping menyaksikan pertumbuhan cemerlang dalam jumlah jualan industri e-dagang sejak enam tahun lalu.
“Sama seperti bagaimana kita terpaksa menyesuaikan diri dengan pelbagai norma baharu, peniaga tradisional dan yang baru muncul juga perlu menyamakan kedudukan. Penting bagi mereka (peniaga) untuk mewujudkan kehadiran dalam talian sebagai vendor untuk berkembang maju.
“Pada 2016, hanya 60 peniaga e-dagang menyertai anugerah sulung ini. Sebagai perbandingan, pada 2021 menyaksikan peningkatan seramai 181 peniaga dengan hasil jualan berjumlah RM47 juta.
“Pertumbuhan mendadak ini menunjukkan industri e-dagang berkembang pesat, dan Sidec berada di sini untuk mengiktiraf pencapaian cemerlang ini selepas mencatatkan jumlah jualan RM123 juta dalam tempoh enam tahun yang lalu,” kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yong Kai Ping dalam satu kenyataan pada Selasa.
Top ECM yang memasuki edisi ketujuh itu disokong Affin Bank sebagai penaja utama dengan kerjasama platform e-dagang SUBPLACE. - Foto Sidec
Top ECM yang memasuki edisi ketujuh itu disokong Affin Bank sebagai penaja utama dengan kerjasama platform e-dagang SUBPLACE. - Foto Sidec
Dalam pada itu, jelas Kai Ping, pihaknya turut komited membina ekonomi digital yang berkembang kini dengan memupuk perniagaan dalam ekosistem holistik baharu selaras visi kerajaan Selangor untuk menjadi “Negeri Pintar" yang boleh didiami di ASEAN menjelang 2025.
Sementara itu, anugerah Top ECM turut menerima 440 penyertaan dan 228 peniaga berjaya disenarai pendek serta kesemua akan dinilai berdasarkan tiga kriteria, iaitu Peraduan Jualan dalam Talian (50 peratus); Peraduan Strim Langsung (25 peratus) dan Potensi Perniagaan (25 peratus).
Topic Berkaitan
#SIDEC
#E-dagang
#Top ECM
#peniaga
#keusahawanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan