Lebih 480 peserta industri utama dan mereka yang berkaitan dalam industri kewangan Islam antarabangsa dan serantau akan berkumpul mulai 3 hingga 5 Jun di Hotel Pan Pacific Singapura untuk Persidangan Perbankan Islam Dunia Tahunan ke-4: Sidang Kemuncak Asia (WIBC Asia 2013).

Bertema "Menghubungkan Dunia Kewangan Islam: Mendorong Perkaitan Antarabangsa dan Peluang Merentas Sempadan", WIBC Asia 2013, yang dianjurkan dengan sokongan rasmi Pihak Berkuasa Monetari Singapura, akan menjadi wadah perbincangan tentang pengukuhan perkaitan antarabangsa dan memanfaatkan peluang merentas sempadan yang akan mendorong pertumbuhan lanjut dalam industri kewangan Islam Asia.

Mengumumkan acara itu, David McLean, ketua pegawai eksekutif WIBC Asia, menyatakan bahawa industri kewangan Islam global telah sepanjang dekad lepas berubah menjadi perkhidmatan kewangan yang pesat membangun dan berdaya saing untuk asa pelanggan antara bangsa yang kian bertambah.