awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SK Bioscience tandatangan perjanjian dengan CEPI bangunkan vaksin mRNA

Bernama
Bernama
25/10/2022
21:15 MYT
SK Bioscience tandatangan perjanjian dengan CEPI bangunkan vaksin mRNA
Projek ini merupakan sebahagian program global CEPI untuk memajukan pembangunan vaksin mRNA dan memberi perlindungan meluas terhadap ancaman virus baharu di kawasan kurang membangun.
SEOUL: Pengeluar ubat Korea Selatan SK Bioscience Co pada Selasa menandatangani perjanjian dengan Gabungan Inovasi Kesiapsiagaan Epidemik (CEPI) bagi membangunkan vaksin mRNA, lapor Yonhap.
Di bawah perjanjian itu, SK Bioscience akan menerima peruntukan US$140 juta daripada CEPI iaitu sebuah perkongsian awam-swasta antarabangsa yang berpangkalan di Oslo dan membangunkan vaksin mRNA untuk virus encephalitis dan virus demam Lassa.
Kedua-dua pihak juga akan bekerjasama membangunkan pelbagai vaksin berdasarkan platform mRNA bagi membantu negara kurang membangun berdepan jangkitan virus pada masa hadapan.
Projek ini merupakan sebahagian program global CEPI untuk memajukan pembangunan vaksin mRNA dan memberi perlindungan meluas terhadap ancaman virus baharu di kawasan kurang membangun.
SK Bioscience memaklumkan pihaknya akan menggunakan teknologi mRNA baharu.
"Dunia sedar bahawa perkembangan penghasilan vaksin adalah penting dalam menyelamatkan nyawa manusia pada masa depan.
"Kami akan berusaha untuk menyumbang kepada inovasi pembangunan vaksin dan meningkatkan kesihatan manusia menerusi kerjasama dengan organisasi global seperti CEPI dan pelbagai syarikat lain," menurut SK Bioscience.
Pada masa ini, SK Bioscience iaitu sekutu farmaseutikal di bawah SK Group menghasilkan vaksin COVID-19 AstraZeneca dengan gergasi farmaseutikal Britain-Sweden di Korea Selatan di bawah perjanjian perkongsian.
Pihaknya turut menandatangani perjanjian dengan pengeluar vaksin Amerika Syarikat Novavax untuk pengeluaran konsainan vaksin COVID-19 Novavax.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#CEPI
#vaksin mRNA
#SK Bioscience
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan