awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Straits Mobile Investment setuju kurangkan pegangan saham dalam U Mobile kepada 20 peratus

Bernama
Bernama
10/11/2024
05:45 MYT
Straits Mobile Investment setuju kurangkan pegangan saham dalam U Mobile kepada 20 peratus
Menurut U Mobile, pihaknya bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua sejajar dengan keutamaan negara, melalui pengukuhan penglibatan dan penyertaan syarikat tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi yang penting.
KUALA LUMPUR: Straits Mobile Investment Pte Ltd, yang dimiliki sepenuhnya oleh ST Telemedia, bersetuju dengan penyelarasan strategik pemilikan pegangan sahamnya dalam U Mobile kepada 20 peratus daripada 49 peratus, sekali gus meningkatkan peratusan pemilikan tempatan.
Menurut U Mobile, pihaknya bersedia untuk menerajui rangkaian 5G kedua sejajar dengan keutamaan negara, melalui pengukuhan penglibatan dan penyertaan syarikat tempatan dalam infrastruktur telekomunikasi yang penting.
"Walaupun pemilikan oleh syarikat asing dalam sektor telekomunikasi merupakan perkara biasa, namun strategi U Mobile mengutamakan pertumbuhan ekonomi dan pengukuhan pemilikan oleh entiti tempatan.
"Peningkatan pemilikan tempatan ini menyokong dedikasi U Mobile kepada kepentingan negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
U Mobile berkata pihaknya yakin rangkaian 5G yang kedua dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih mampu milik untuk rakyat menerusi pengekalan persaingan yang sihat.
"U Mobile akan terus memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu, pada masa yang sama melancarkan rangkaian 5G kedua dan memberi jaminan kepada semua pihak berkepentingan bahawa ia akan terus disokong tanpa kebergantungan kepada kerajaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#U Mobile
#rangkaian 5G kedua
#Straits Mobile Investment
#kontroversi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan