awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Syarikat penerbangan Rusia minat lancarkan penerbangan terus ke Malaysia

Bernama
Bernama
17/05/2025
22:50 MYT
Syarikat penerbangan Rusia minat lancarkan penerbangan terus ke Malaysia
Kedua-dua negara sedang mempertimbangkan kemungkinan penerbangan terus, dengan mengambil kira peningkatan pertukaran pelancong. - Gambar hiasan
KAZAN: Sebuah syarikat penerbangan Rusia menyatakan minat untuk melancarkan penerbangan terus dari Rusia ke Malaysia bagi tujuan pelancongan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Rusia Vladimir Poteshkin pada Forum Ekonomi Antarabangsa ke-16 "Rusia - Dunia Islam: KazanForum 2025.
"Kami mempunyai sebuah syarikat penerbangan yang berminat untuk mengendalikan penerbangan bagi pelancong. Kami sedang menjalankan dialog secara berterusan dengan Malaysia mengenai perkara ini," kata Poteshkin kepada agensi berita TASS.
Sebelum ini, Presiden Rusia Vladimir Putin menyatakan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa kedua-dua negara sedang mempertimbangkan kemungkinan penerbangan terus, dengan mengambil kira peningkatan pertukaran pelancong.
Edisi ke-16 Rusia - Dunia Islam: KazanForum sedang berlangsung dari 13 hingga 18 Mei di Kazan.
Edisi 2025 membawa tema "Digitalisasi: Realiti Baharu dan Peluang Tambahan untuk Memperluas Kerjasama" dan disertai wakil dari lebih 100 negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat penerbangan Rusia
#pelancongan
#penerbangan terus Rusia-Malaysia
#Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami