Skip to main content

Politik

[TERKINI] PRN Melaka: Isu Najib bukan modal baharu kempen pihak lawan – Akmal

Dr Akmal berkata, isu berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan. - Astro AWANI
Dr Akmal berkata, isu berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan. - Astro AWANI

Ringkasan AI

  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh menegaskan isu Datuk Seri Najib Razak tidak wajar dijadikan sandaran utama untuk meraih kemenangan PRN Melaka.
  • Beliau menyatakan isu Najib telah beberapa kali dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan.
  • Najib kini menjalani baki hukuman penjara di bawah perintah tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028 dengan beberapa sekatan, termasuk larangan terlibat dalam aktiviti politik.
Advertisement

MERLIMAU: Isu bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kembali menjadi perhatian menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak seharusnya dijadikan sandaran utama parti politik untuk meraih kemenangan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Akmal Saleh berkata, isu berkenaan sudah beberapa kali dibangkitkan dalam pilihan raya negeri sebelum ini, termasuk di Johor dan Negeri Sembilan.

Menurutnya, keputusan pilihan raya terdahulu juga wajar dijadikan rujukan dalam menilai sejauh mana isu berkenaan mempengaruhi sokongan pengundi.

Advertisement

“Jika mereka beranggapan bahawa Najib merupakan faktor utama yang akan membantu mereka memenangi pilihan raya ini, saya hanya ingin mengingatkan bahawa isu ini sudah dibangkitkan sejak PRN Johor, Negeri Sembilan dan kini di Melaka.

“Kita juga sudah mengetahui keputusan pilihan raya sebelum ini. Jadi, kita berharap keputusan yang sama seperti di Johor dan Negeri Sembilan akan berulang di Melaka kali ini,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata demikian selepas menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan Merlimau, pada Sabtu.

Akmal selesai mengundi kira-kira 10 minit selepas tiba di pusat mengundi pada jam 8.40 pagi.

Kenyataan itu dibuat ketika isu berkaitan Najib kembali menjadi perhatian susulan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan beliau menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International Sdn Bhd di bawah perintah tahanan rumah

Perintah itu berkuat kuasa serta-merta sehingga 23 Ogos 2028.

Bagaimanapun, Najib turut tertakluk kepada beberapa sekatan, termasuk larangan membuat kenyataan atau ulasan kepada media, menggunakan platform media sosial, menghadiri majlis keramaian serta terlibat dalam aktiviti politik sepanjang tempoh berkenaan.

 

 

Must Watch Video

Advertisement