Tahun Baharu: GV Ride tawar tiada caj platform kepada semua pemandu

CEO GV Ride,Kabeer Maand berkata inisiatif ini bermakna pemandu menyimpan 100 peratus tambang bersih bagi setiap perjalanan yang diselesaikan. - GV Ride
KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan e-hailing tempatan, GV Ride, mengumumkan tawaran 0 peratus komisen (tiada caj platform) kepada semua pemandunya sempena sambutan Tahun Baharu 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GV Ride, Kabeer Maand berkata, inisiatif ini bermakna pemandu menyimpan 100 peratus tambang bersih bagi setiap perjalanan yang diselesaikan, tanpa sebarang potongan komisen oleh platform.
“Inisiatif 0 peratus komisen ini bertujuan meringankan beban pemandu dan membantu mereka menjana pendapatan yang lebih baik.
“Sempena Tahun Baharu 2026, GV Ride tidak mengenakan sebarang caj atau komisen kepada semua pemandu GV Ride,” katanya.
Menurut beliau, langkah tersebut mencerminkan komitmen GV Ride dalam menyokong kebajikan pemandu tempatan serta membina ekosistem e-hailing yang lebih adil dan mampan.
Beliau turut memaklumkan bahawa GV Ride akan terus melaksanakan aktiviti berasaskan komuniti sebagai usaha mendekatkan platform dengan rakyat serta menyokong pembangunan komuniti setempat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


