awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TalentCorp perkukuh kedudukan, buka cawangan di Pulau Pinang

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
28/03/2022
12:18 MYT
TalentCorp perkukuh kedudukan, buka cawangan di Pulau Pinang
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Matthew berkata, pembukaan itu adalah salah satu usaha pihaknya mengukuhkan kedudukannya di kawasan utara. - Foto ihsan TalentCorp
BAYAN BARU: Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) melebarkan operasinya di Pulau Pinang menerusi pembukaan pejabat operasi yang baharu hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp, Thomas Matthew berkata, pembukaan itu adalah salah satu usaha pihaknya mengukuhkan kedudukannya di kawasan utara.
Jelasnya, pejabat baharu TalentCorp dan MYXpats di Bayan Baru akan berperanan sebagai penghubung kolaborasi dengan majikan untuk dalam pembangunan bakat pekerja di negara ini.
Beliau berkata, pembukaan itu juga diharapkan dapat membantu pemain industri di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) yang dijangka memerlukan 30,000 peluang pekerjaan baharu.
“Dengan kewujudan pejabat baharu di Bayan Baru ini, TalentCorp berharap dapat memberi khidmat lebih baik di wilayah utara Malaysia, bukan sahaja membantu sektor swasta dan awam membina pertumbuhan mereka sendiri, tetapi juga membolehkan Malaysia mencapai aspirasi ekonominya.
Perasmian pejabat baharu TalentCorp dan MYXpats di Bayan Baru, Pulau Pinang. - Foto ihsan TalentCorp
Perasmian pejabat baharu TalentCorp dan MYXpats di Bayan Baru, Pulau Pinang. - Foto ihsan TalentCorp
“Kewujudan MYXpats di Pulau Pinang juga menyasarkan untuk menambah baik masa pemprosesan bagi perkhidmatan di rantau itu,” katanya lagi.
Mengulas lanjut, Thomas berkata, pejabat baharu itu merupakan cawangan pertama TalentCorp di luar Lembah Klang.
Selain beroperasi di Pulau Pinang, Talent Corp juga dapat melebarkan sayap di Kedah, Perlis dan Perak selepas ini dalam usaha mencari bakat-bakat baharu pekerja di kawasan utara.
“Hasil pertumbuhan ini, TalentCorp berhasrat mengukuhkan kedudukannya di utara dengan menyediakan perkhidmatan kepada syarikat yang memerlukan maklumat dan bantuan mengenai inisiatif yang ada sehingga mereka berjaya,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#TalentCorp
#Talent Corporation Malaysia
#Thomas Matthew
#MYXpats
#pulau pinang
#Bayan Baru
#NCER
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan