BUSINESS
Tarif AS: Tembusi pasaran China, Arab, Afrika jual lebihan produk eksport - Penganalisis

AS mengumumkan pelaksanaan tarif import kepada hampir semua negara dengan kadar asas 10 peratus, manakala Malaysia pada kadar 24 peratus, namun ia ditangguhkan untuk 90 hari bermula Rabu susulan arahan baharu Trump. - Gambar hiasan/Reuters
KUALA LUMPUR: Malaysia perlu menembusi pasaran China, negara-negara Arab dan Afrika dengan penduduk berpendapatan tinggi untuk menjual lebihan produk eksport sebagai langkah menjajarkan semula rantaian bekalan yang terjejas akibat tarif Amerika Syarikat (AS).
Ringkasan AI
- Pasaran Baharu: Malaysia perlu menembusi pasaran China, negara-negara Arab, dan Afrika dengan penduduk berpendapatan tinggi untuk menjual lebihan produk eksport akibat tarif Amerika Syarikat.Produk Bernilai Tinggi: Produk siap seperti elektronik perlu dijual ke pasaran lain, terutama kawasan berpendapatan tinggi di China, untuk mengurangkan defisit perdagangan dan mengekalkan nilai eksport.Penglibatan Industri: Strategi untuk menembusi pasaran baharu tidak boleh dibebankan kepada agensi kerajaan sahaja; pihak industri juga perlu terlibat dan merangka pelan alternatif untuk kekal kompetitif.
“Produk siap seperti produk elektronik ialah produk bernilai tinggi. Apabila kita tidak menjual kepada Amerika Syarikat, lebihan produk itu perlu dijual kepada negara lain.
“Kalau kita tidak jual lebihan produk berkenaan, maka nilai eksport negara kita akan berkurangan. Defisit perdagangan Malaysia-China ialah RM66.42 bilion (2023).
“Kemudian, kita perlu wilayah Shanghai, Beijing, dan Guangzhou yang merupakan kawasan perpendapatan tinggi. Produk bernilai tinggi ini kita sasarkan ke kawasan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Poket Rakyat pada Jumaat.
Tarif AS: Tembusi pasaran China, Arab, Afrika jual lebihan produk eksport - Penganalisis
Sementara itu, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS), Prof. Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff menjelaskan, strategi untuk menembusi pasaran baharu tidak boleh dibebankan kepada agensi kerajaan sahaja tanpa penglibatan pihak industri.“Pada masa sama kita perlu fikirkan Pelan B dan Pelan C. Katakan kadar tarif Amerika Syarikat kekal, maka strategi seterusnya adalah mengurangkan kos agar boleh kekal kompetitif atau, strategi yang saya nampak akan berlaku adalah, mempelbagaikan pasaran alternatif selain Amerika Syarikat.
“Tetapi semua ini perlu diteliti di semua peringkat. Kita tidak boleh mengharapkan pihak kerajaan sahaja memikirkan strategi, sebaliknya pihak industri juga perlu memikirkannya juga. Tempoh 90 hari ini perlu digunakan secara optimum untuk melihat pelbagai senario,” ujarnya.
Sebelum ini, AS mengumumkan pelaksanaan tarif import kepada hampir semua negara dengan kadar asas 10 peratus, manakala Malaysia pada kadar 24 peratus, namun ia ditangguhkan untuk 90 hari bermula Rabu susulan arahan baharu Trump.
Dialog Poket Rakyat: Tarif timbal balik | Impak PMKS & pengguna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami