Tavern Six: Dari cabaran ke kejayaan bersama Astro BizOne

Pemilik kafe, Fu Ker Err, 27, mendedahkan sebelum langganan Astro BizOne, menarik pelanggan merupakan cabaran terbesar, lebih-lebih lagi kerana lokasi kafe berada di dalam taman perumahan. - Foto Astro AWANI
PORT DICKSON: Kafe Tavern Six di Port Dickson kini semakin menjadi tumpuan ramai, menarik lebih banyak pelanggan selepas melanggan Astro BizOne.
Ringkasan AI
- Kafe Tavern Six di Port Dickson kini semakin menjadi tumpuan ramai, menarik lebih banyak pelanggan selepas melanggan Astro BizOne.
- Dinobatkan sebagai pemenang Astro BizOne Rewards, kafe ini bukan sahaja terkenal dengan hidangan berkualiti pada harga berpatutan, tetapi juga suasana santai yang sesuai untuk semua peringkat umur.
- Fu Ker Err, pemilik kafe berusia 27 tahun, mengakui bahawa sebelum melanggan Astro BizOne, cabaran terbesar adalah menarik pelanggan kerana lokasi kafe yang terletak di dalam kawasan perumahan.

Kafe Tavern Six semakin menjadi perhatian disamping tayangan skrin besar terutamanya apabila musim bola. - Foto Astro AWANI
Namun, keadaan berubah apabila kafe ini menawarkan lebih 20 pilihan menu untuk seisi keluarga, ditambah dengan tayangan skrin besar yang menjadi tarikan utama ketika musim bola.
“Kami mula beroperasi dua tahun lalu. Selepas melanggan Astro BizOne, jumlah pelanggan meningkat dengan ketara.
“Mereka bukan sahaja datang, malah duduk lebih lama, terutamanya ketika musim bola. Apabila mereka lepak lebih lama, pesanan makanan dan minuman pun bertambah,” jelas Fu Ker Err.
Beliau menambah, kejayaan Tavern Six bukan sekadar bergantung kepada hiburan, bahkan pada kualiti dan kepelbagaian menu.
“Kami pastikan setiap hidangan memberikan nilai terbaik. Walaupun mengekalkan kualiti premium, harga tetap berpatutan supaya semua orang boleh menikmatinya,” katanya.
Selain itu, Tavern Six mengekalkan reputasi sebagai lokasi santai dengan suasana nyaman, muzik menenangkan, dan persembahan ‘live band’ setiap hujung minggu.

Antara menu yang menjadi pilihan pelanggan sepanjang kafe memulakan operasi sejak dua tahun lalu. - Foto Astro AWANI
Pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman sambil berehat daripada kesibukan harian tanpa perlu ke pusat bandar.
Tidak hairanlah kafe ini mula dipenuhi pelanggan seawal jam 8 malam, terutamanya dengan tayangan skrin besar yang disediakan melalui langganan Astro BizOne.
Seorang pelanggan tetap, Frankie Yeo, 75 tahun, turut berkongsi pengalamannya dan menyifatkan suasana di Tavern Six amat berbeza daripada kafe lain di daerah itu.
“Saya jarang ke tempat lain selain Tavern Six. Suasananya tenang, kondusif, dan semua di sini sangat mesra. Di sini saya bukan sahaja menikmati minuman kegemaran, tetapi juga bertemu rakan-rakan dan bersantai dengan selesa,” katanya.
Bagi Frankie, Tavern Six bukan sekadar kafe, tetapi tempat untuk berhibur, bergaul, dan menikmati malam dalam suasana menenangkan.
Untuk maklumat lanjut mengenai Astro BizOne Rewards, layari biz.astro.com.my .
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


