awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TBE menang empat anugerah industri berprestij

Bernama
Bernama
13/02/2013
09:42 MYT
TBE menang empat anugerah industri berprestij
Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE), anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, telah memenangi empat anugerah industri berprestij untuk pinjaman seniornya yang bernilai RM6.5 bilion bagi Loji Kuasa TBE berkapasiti 1,000 MW.
Keempat-empat anugerah itu ialah Bon Projek Terbaik Asia Pasifik 2012 Projek Kewangan Antarabangsa (PFI), Urus Niaga Pembiayaan Projek Terbaik AAA Asset, Urus Niaga Kuasa Asia Pasifik Projek Majalah Kewangan (PFM) dan Anugerah Pembiayaan Projek Terbaik Asia Money.
Penghargaan daripada terbitan antarabangsa industri ini ialah sebagai pengiktirafan kemudahan pembiayaan inovatif TBE, yang merupakan bon projek Islam pertama dan pinjaman berdenominasikan ringgit Malaysia dan dolar AS yang diberikan kepada IPP Malaysia.
Bon-bon berkenaan telah diberikan penarafan AA3 oleh RAM Holdings Bhd.
"Saya percaya anugerah-anugerah ini mencerminkan komitmen Malakoff untuk menyampaikan rumusan pembiayaan yang kreatif dan inovatif yang sekali gus membolehkan Malakoff Group menjadi pengeluar kuasa persendirian terkemuka bukan hanya di Malaysia, tetapi juga dalam lingkungan rantau ASEAN," kata Ketua
Pegawai Eksekutif Malakoff, Zainal Abidin Jalil dalam satu kenyataan hari ini.
"Paling penting, saya percaya penghargaan ini bertindak sebagai perakuan kepada kejayaan kerjasama yang dibentuk antara Malakoff Group dan para pembiaya serta rakan perundangan kami," tambah beliau.
Niaga janji pembiayaan yang memenangi anugerah ini telah dibangunkan untuk projek Loji Kuasa TBE.
Projek Loji Kuasa TBE ialah pemerolehan tender kompetitif pertama untuk kapasiti penjanaan kuasa di dalam negara.
Ia dijangka siap pada tahun 2016, untuk menampung permintaan yang kian meningkat untuk kuasa di wilayah pembangunan Iskandar di Johor.
Topic Berkaitan
#Anugerah Industri
#Kuala Lumpur
#TBE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan