awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu
Hari Keselamatan Internet berlangsung di Tasik Titiwangsa hari ini
Perkhidmatan awam laksana urusan tanpa kertas bermula Isnin ini - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan

Haikal Raman
Haikal Raman
30/10/2023
08:14 MYT
TEKUN Nasional berjaya bantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro tempatan
TEKUN Nasional turut mempelbagaikan produk pembiayaannya bagi memenuhi keperluan dan memberi pilihan kepada usahawan dalam bidang keusahawanan.
KUALA LUMPUR: TEKUN Nasional membantu hampir 600,000 usahawan informal dan mikro di seluruh negara bagi memenuhi keperluan modal perniagaan melalui kemudahan pembiayaan kepada para usahawan sektor tersebut.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata, kemudahan pembiayaan itu melibatkan nilai keseluruhan berjumlah RM8.85 bilion sejak agensi berkenaan ditubuhkan pada 9 November 1998.
“Pelbagai inisiatif telah dilaksanakan oleh TEKUN Nasional untuk manfaat rakyat di Malaysia ini khususnya berkaitan perniagaan.
“Sepanjang 25 tahun beroperasi, TEKUN Nasional turut mempelbagaikan produk pembiayaannya bagi memenuhi keperluan dan memberi pilihan kepada usahawan dalam bidang keusahawanan seiring dengan perubahan serta kehendak semasa,” katanya dalam satu kenyaataan media pada Isnin.
Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Pembentangan Belanjawan 2024 mengumumkan peruntukkan sebanyak RM330 juta kepada TEKUN Nasional untuk membantu lebih ramai usahawan informal dan mikro.
Menurut Ewon, Kerajaan MADANI beriltizam untuk merangsang lebih banyak penyertaan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam sektor keusahawanan berdaya maju dan mapan.
“Ia disokong menerusi pelbagai ikhtiar seperti dana pembiayaan dan pembangunan kapasiti bagi memastikan sumbangan PMKS kepada KDNK dapat dicapai sepertimana yang digariskan dalam Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN2030) iaitu peningkatan sebanyak 50 peratus pada tahun 2030.
“Malah, menerusi pengumuman belanjawan baru-baru ini turut membuktikan peranan TEKUN Nasional yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sangat penting dalam membantu usahawan informal dan mikro sepanjang penubuhannya,” ujarnya.
Beliau turut menzahirkan harapan agar TEKUN Nasional terus komited dalam memainkan peranan bagi merealisasikan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat, sebagai wadah mengangkat semula darjat dan martabat negara.
Topic Berkaitan
#Kuskop
#Modal Perniagaan Usahawan
#TEKUN Nasional
#Ewon Benedick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan