KUALA LUMPUR: UMW Toyota Motor (UMWT) kini membuka tempahan bagi model Corolla Cross Hybrid sebuah model dengan teknologi hibrid elektrik yang pertama dipasang dalam negara (CKD) dengan tawaran harga bermula RM137,000.
Orang ramai boleh mendapatkan model baharu itu dalam dua lagi varian iaitu Corolla Cross 1.8V dan 1.8G dengan enjin 1.8 liter DOHC 16-injap Dual VVT-i. yang kini dipasang di kilang ASSB, Bukit Raja, Klang berbanding sebelum ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand.
“Ini adalah peristiwa penting dalam sejarah Toyota di Malaysia dan kami teruja dengan pelancaran model CKD Toyota dengan teknologi hibrid elektrik yang pertama.
"Ini bermakna harga yang lebih menarik dan mampu milik dapat ditawarkan, agar lebih ramai yang dapat menikmati manfaat teknologi maju,” kata Presiden UMWT, Ravindran K.
Toyota Corolla Cross CKD adalah kenderaan yang menggunakan teknologi janaan hibrid elektrik (HEV) dan sebagai peneraju teknologi itu, Toyota telah menjual lebih 18.1 juta kenderaan hibrid setakat 7 September 2021.
Teknologi berkenaan terbukti diandalkan dan tidak seperti kereta berkuasa elektrik sepenuhnya dan tidak memerlukan sebarang infrastruktur awam tambahan kerana sangat ideal dengan tahap elektrifikasi di Malaysia.
“Pemasangan tempatan bagi Toyota Corolla Cross Hybrid baru adalah satu lagi peristiwa penting dalam sejarah panjang Toyota di Malaysia.
"Ketika pertama kali diperkenalkan pada era 1960an, Corolla telah menyumbang kepada pertumbuhan bidang permotoran di negara ini. Kini dengan Corolla Cross Hybrid, Toyota menyumbang pula dalam peralihan negara ke era elektrifikasi,” kata Timbalan Pengerusi UMWT, Akio Takeyama.
Syarikat juga menzahirkan kegembiraan mereka apabila kerajaan menyediakan sokongan kepada sektor kenderaan elektrik menerusi Bajet 2022 dengan memansuhkan sepenuhnya semua duti dan cukai jualan serta cukai jalan dan percaya ia akan menjadi pemangkin kepada penggunaan kenderaan bebas asap.
Pengecualian cukai sehingga RM2,500 bagi individu yang membelanjakan wang untuk kemudahan berkaitan kenderaan elektrik juga akan membantu lebih ramai pengguna beralih kepada kenderaan elektrik bagi mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil.
Bagi model bukan hybrid, ia didatangkan Corolla Cross 1.8V, harga yang ditawarkan bermula RM129,000 manakala bagi model Corolla Cross 1.8G ialah RM123,000.
Model itu tampil dengan lima warna yang memikat iaitu Kelabu Celestite Metalik (hanya untuk Corolla Cross Hybrid), Putih Mutiara Platinum, Merah Mika Metalik, Biru Nebula Metalik dan Perak Metalik.
* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
Dagang News
Tue Nov 02 2021
Model baharu itu kini dipasang di kilang ASSB, Bukit Raja, Klang berbanding sebelum ini diimport sepenuhnya (CBU) dari Thailand. - Foto DagangNews.com.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Lelaki maut kereta terbabas dalam longkang di lebuh raya PLUS
Mangsa berusia 40 tahun didapati berada di bawah kereta tersebut.
Tempahan Toyota Corolla Cross Hybrid pemasangan tempatan mula dibuka kepada umum
Model baharu itu terdapat dua lagi varian iaitu Corolla Cross 1.8V dan 1.8G dengan enjin 1.8 liter DOHC 16-injap Dual VVT-i.
Penyelia tapak maut kereta dihempap kren
Seorang penyelia tapak maut selepas keretanya dihempap sebuah kren yang dipercayai mengalami masalah brek di tapak projek ECRL di Kampung Belimbing, Maran.
Kemalangan maut Kota Tinggi: Ibu terkilan anak tidak sempat jamah masakannya
Empat orang termasuk tiga sekeluarga dari Singapura maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan dan terbakar di atas jambatan Sungai Dohol, Km63.5, Jalan Johor Baharu-Mersing.