awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Terma perdagangan Malaysia merosot 0.3% pada April, dipacu kejatuhan harga komoditi

Astro Awani
Astro Awani
28/05/2025
03:15 MYT
Terma perdagangan Malaysia merosot 0.3% pada April, dipacu kejatuhan harga komoditi
Terma perdagangan Malaysia yang mengukur perbandingan antara harga eksport dan import merosot kepada 119.1 mata. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Terma perdagangan Malaysia mencatatkan penyusutan sebanyak 0.3 peratus pada April 2025, menurut laporan Indeks Perdagangan Luar Negeri (2010=100) yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Kejatuhan ini didorong terutamanya oleh penurunan dalam indeks minyak dan lemak haiwan serta sayur-sayuran.
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Sri Mohd Uzir Mahidin berkata, indeks nilai seunit eksport menurun 0.9 peratus kepada 150.3 mata berbanding 151.8 mata pada bulan sebelumnya.
"Penurunan ini sebahagian besarnya disumbangkan oleh kejatuhan dalam indeks minyak galian (-3.7 peratus), minyak dan lemak haiwan serta sayur-sayuran (-1.8 peratus) dan alat jentera serta kelengkapan pengangkutan (-0.3 peratus)", kata beliau.
Indeks volum eksport turut menunjukkan penurunan sebanyak 1.8 peratus, dengan sumbangan utama daripada penurunan dalam barang keluaran kilang (-7.6 peratus), pelbagai barang keluaran kilang (-5.9 peratus), serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-2.7 peratus).
Namun begitu, volum eksport pelarasan bermusim meningkat 6.0 peratus kepada 170.9 mata.
Dari segi tahunan, indeks nilai seunit dan volum eksport masing-masing mencatatkan pertumbuhan 0.7 peratus dan 15.6 peratus.
Sementara itu, indeks nilai seunit import menurun 0.6 peratus kepada 126.2 mata.
Ini dipengaruhi oleh kejatuhan harga minyak galian (-6.5 peratus), barang keluaran kilang (-0.2 peratus) dan bahan kimia (-0.1 peratus).
Sebaliknya, volum import melonjak 14.8 peratus bulan ke bulan, dipacu peningkatan dalam import alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (+28.7 peratus), barang keluaran kilang (+8.7 peratus) dan pelbagai barang keluaran kilang (+6.8 peratus).
Indeks volum import pelarasan bermusim turut menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 23.4 peratus, daripada 193.3 mata kepada 238.6 mata
"Secara tahunan, volum import melonjak 24.5 peratus manakala nilai seunit import menyusut 3.6 peratus.
"Terma perdagangan Malaysia yang mengukur perbandingan antara harga eksport dan import merosot kepada 119.1 mata, dipengaruhi oleh penurunan harga dalam komoditi minyak dan lemak haiwan serta sayur-sayuran (-2.8 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (-0.6 peratus)", tambahnya.
Namun, secara tahunan, terma perdagangan meningkat sebanyak 4.5 peratus berbanding April tahun lalu.
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#Malaysia
#perdagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami