awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesco lancar kempen Tahun Baru Cina 'Ong Mali'

Anthea Yap
Anthea Yap
11/01/2016
11:35 MYT
Tesco lancar kempen Tahun Baru Cina 'Ong Mali'
Kempen yang memasuki tahun keempat itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan Tesco. -
Lebih 200 produk baru bakal diperkenalkan kepada pelanggan sempena Kempen Jualan Tahun Baru Cina 'Ong Mali' Tesco Store Malaysia yang akan berlangsung selama 30 hari bermula Isnin.
Menurut Pengarah Pemasaran Tesco Malaysia, Vivian Yap, syarikat peruncitan itu telah memperkenalkan rangkaian makanan laut baru yang diimport dari Australia serta Norway.
Selain itu, katanya barangan lain yang bermusim termasuk Limau Mandarin dan makanan kering Ngaku turut ditawarkan sepanjang Kempen Jualan Tahun Baru Cina 2016.
"Kita akan meningkatkan pelbagai barangan kepada pelanggan dengan menambahkan produk baru seperti makanan, pakaian dan selain itu, kita juga mempunyai ahli kelab kad dimana ia adalah baru kerana setakat ini kita mempunyai 1.6 juta ahli di Tesco.
"Kami mahu melakukan sesuatu istimewa bagi mereka supaya dalam satu minggu lagi, kita akan mengumumkan kepada semua ahli kelab kad ini apabila mereka datang membeli-belah di Tesco dan leret kad mereka, mereka akan menerima diskaun baucer khas untuk mereka," katanya selepas Majlis Pelancaran Kempen Jualan Tahun Baru Cina Ong Mali di Tesco Kepong, ibu negara di sini.
Kempen yang memasuki tahun keempat itu telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelanggan Tesco.
Syarikat itu menyediakan pelaburan hampir RM6 juta sempena kempen kali ini.
Pada tahun ini, Tesco turut menawarkan pelbagai hadiah menarik dengan nilai keseluruhan mencecah RM500,000 bagi pelanggan mereka.
Program itu turut mendapat kerjasama Karnival Astro di 4 cawangan Tesco di Melaka, Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.
Karnival Astro bersama Tesco akan menampilkan beberapa selebriti Astro termasuk Kanin Ngo, Rosina Lam, Jack Lim, Jeff Chin, Gan Mei Yan dan Joe Chang.
Topic Berkaitan
#Ong Mali
#Tesco
#Tesco Store Malaysia
#Vivian Yap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan