Tesco Malaysia melebihi sasaran kutipan RM700,000 Dana Bulan Bermakna untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik kepada RM762,000.
Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Paul Ritchie berkata, ia membuktikan keprihatinan rakyat negara ini dalam membantu golongan yang memerlukan.
"Kita dapat memberi kesan positif pada rakyat tempatan bukan hanya dengan menjual barang yang berkualiti pada harga yang berpatutan, menjana peluang pekerjaan dan juga mengurangkan kesan penggunaan pada alam sekitar.
"Ini adalah usaha-usaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat. Menerusi kerjasama kerajaan dan swasta juga, kita dapat menyumbang dalam sektor pendidikan. November lalu, kita daftar sebagai ahli Yayasan PINTAR dan mengangkat sekolah-sekolah yang berdekatan dengan pasaraya, pusat pengedaran dan ibu pejabat kami," katanya semasa berucap di Majlis Penutup Kempen Dana Bulan Bermakna di sini hari ini.
Pada majlis sama Paul turut menyerahkan replika cek bernilai RM762,000 kepada Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan.
Program Sekolah Angkat Tesco- PINTAR merupakan salah satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) oleh Tesco Malaysia bagi menyumbang kepada komuniti setempat.
Ia merupakan sebuah program untuk memperkasakan kanak-kanak sekolah di mana Tesco akan membantu sekolah-sekolah angkat ini meningkatkan prestasi sekolah dengan pelbagai aktiviti kokurikulum serta akademik.
Tambah Paul, kempen seumpama itu akan diteruskan pada masa hadapan demi membantu pelajar sekolah yang memerlukan.
Dana Bulan Bermakna Tesco merupakan sebuah kempen oleh Tesco Malaysia sempena bulan Ramadan dan Syawal bagi mengumpul dana menerusi hasil jualan barangan jenama Tesco di semua pasaraya Tesco di seluruh negara.
Ia berlangsung dari 11 Mei sehingga 12 Julai lepas dan dana yang terkumpul akan disalurkan kepada 600 orang kanak-kanak yang kurang bernasib baik dari sekolah-sekolah angkat Tesco Malaysia.
Kempen ini juga merupakan sebuah platform untuk para pelanggan Tesco menyumbang dan memberi harapan kepada kanak-kanak sekolah yang mengalami kesempitan hidup tidak kira di bandar mahupun luar bandar.
Dengan kempen ini, Tesco menerusi pembelian barangan jenama Tesco. 0.5 peratus dari hasil jualan barangan jenama Tesco bermula 11 Mei sehingga 12 Julai.
Wan Syamsul Amly
Tue Jul 25 2017
TESCO Malaysia melebihi sasaran kutipan RM700,000 Dana Bulan Bermakna untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik kepada RM762,000. - Gambar fail
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tesco lepasi sasaran Dana Bulan Bermakna
TESCO Malaysia melebihi sasaran kutipan RM700,000 Dana Bulan Bermakna untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik kepada RM762,000.