BUTTERWORTH: Tesla mengaktifkan stesen Pengecas Super pertama di Pulau Pinang bertempat di Sunway Carnival Seberang Jaya di sini, iaitu tambahan kepada dua stesen Pengecas Destinasi sedia ada di The Ship Campus, Batu Kawan dan All Seasons Place di George Town.
Dalam satu kenyataan hari ini, pengeluar automotif elektrik multinasional terkemuka Amerika Syarikat itu memaklumkan kemajuan ini bukan sahaja memenuhi keperluan pengecasan tempatan tetapi juga melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang.
"Stesen Pengecas Super Sunway Carnival menawarkan empat Pengecas Super, menjadikan jumlah keseluruhan empat Pengecas Super dan 12 Pengecas Destinasi di Pulau Pinang.
"Pengaktifan ini membuktikan kemajuan ketara dalam meningkatkan kebolehcapaian dan kemudahan mengecas kenderaan elektrik di rantau ini," katanya.
Menurut kenyataan itu, syarikat itu menawarkan pengalaman pemilikan yang komprehensif dengan menyediakan penyelesaian pengecasan yang lancar dan integrasi teknologi dengan konsep plug in, charge and go' adalah yang terbaik untuk menggambarkan pengalaman pengecasan Tesla.
Melalui Apl Tesla, pengguna boleh mencari, menavigasi ke dan memantau status Pengecas Super dengan mudah dan pembayaran akan diproses secara automatik.
"Dengan yuran Pengecasan Super bayar setiap penggunaan sebanyak RM 1.25/kWj, Tesla memastikan pengecasan yang cekap kos," katanya.
Setakat ini, Tesla mempunyai lapan stesen Pengecas Super dan 10 stesen Pengeca Destinasi, menawarkan sejumlah 40 pengecas dan 61 Pengecas Destinasi di Malaysia melalui pengembangan berterusan untuk memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, dengan terdapat 11 stesen Pengecasan Super dan sembilan stesen Pengecas Destinasi.
"Tesla komited untuk memajukan infrastruktur pengecasnya di Malaysia bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk kemudahan mengecas Tesla," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 04 2024
Pengaktifan stesen itu melancarkan perjalanan pemilik Tesla untuk merentasi laluan dari Singapura ke Johor dan seterusnya ke Pulau Pinang. - Gambar fail
Niaga AWANI: WEF: Exploring multiple dimensions for energy transition
Niaga AWANI
Niaga AWANI: WEF: Addressing the economic spillover of Middle East tensions
With the Middle East conflict escalating following Iran's attack on Israel early on Sunday, fears are mounting that another series of destructive shockwaves will reverberate through global markets. Head of Research, MIER, Dr Shankaran Nambiar, speaks further on this matter.
AWANI Pagi: Pendidikan kanak-kanak Malaysia ketinggalan?
Ikuti perkongsian pandangan Pensyarah Kanan Jabatan Asas Pendidikan, Fakulti Pendidikan UiTM, Dr Khadijah Said Hashim susulan laporan yang dikeluarkan Bank Dunia baru-baru ini.
AWANI Ringkas: 'Geng Bob' tumpas, lima ditahan disyaki edar dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kebakaran kilang cat: JAS tempatkan dua alat ukur kualiti udara
Pengukuran tahap kualiti udara masih diteruskan secara berkala sehingga keadaan kembali seperti biasa.
KPM giat laksana pelbagai inisiatif bagi reformasi pendidikan negara
Kelas prasekolah akan diperluas di seluruh institusi pendidikan bawah KPM bagi memastikan isu keciciran murid dapat ditangani daripada awal.
Anwar minta seluruh negara Arab tegas dalam isu Palestin
Katanya, semua pihak juga perlu menyuarakan bantahan terhadap pencerobohan dan pendudukan haram Israel di tanah Palestin.
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Tesla mula jual robot Optimus menjelang akhir tahun depan - Elon Musk
Beberapa syarikat telah mempertaruhkan robot humanoid untuk penuhi potensi kekurangan tenaga kerja dan melaksanakan tugas berulang.
Tesla guna teknologi purba untuk selesai masalah Cybertruck
Rivet ialah teknologi yang telah digunakan oleh manusia sejak Zaman Gangsa lebih 4,000 tahun yang lalu.
Tesla panggil semula semua Cybertruck kerana masalah pedal pemecut
Tesla memanggil semula semua Cybertruck yang telah dikeluarkan, disebabkan oleh masalah pada pedal pemecut.
Lebih 10 peratus pekerja Tesla di seluruh dunia diberhentikan
Tesla memberhentikan lebih 10 peratus tenaga kerja globalnya akibat penurunan jualan dan perang harga yang meningkat untuk kenderaan elektrik (EV).
Elon Musk sasar pengenalan Tesla Robotaxi pada 8 Ogos
Musk berkongsi mengenainya selepas Reuters melaporkan Tesla membatalkan pembangunan kereta mampu milik mereka disebabkan persaingan bersama syarikat pengeluar lain.
Musk pertahan diri ambil dadah
ELON Musk menganggap penggunaan dadah oleh dirinya sendiri memberi manfaat kepada pelabur Tesla dalam satu temu bual disiarkan pada Isnin.
Tesla mula hantar Model Y di Malaysia
Tesla telah memulakan penghantaran Model Y, kenderaan utiliti sukan elektriknya (SUV) di Malaysia.
Elon Musk dinafikan ganjaran AS$56 bilion oleh mahkamah
Hakim di Delaware menafikan ganjaran saham dengan nilai yang sama diterima oleh Musk pada tahun 2018 kerana dikatakan terlalu melampau.
Tesla dijangka hadir dengan kenderaan elektrik baharu pada pertengahan 2025
Kenderaan elektrik baharu yang dikenali dengan nama kod 'Redwood' itu dijangka berada di dalam kategori kenderaan 'compact crossover'.