awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Elon Musk dinafikan ganjaran AS$56 bilion oleh mahkamah

Amanz
Amanz
01/02/2024
04:55 MYT
Elon Musk dinafikan ganjaran AS$56 bilion oleh mahkamah
Musk kini menjadi manusia ketiga terkaya di dunia di belakang Bernard Arnault dan Jeff Bezos. - Gambar/ Reuters
ELON Musk ialah manusia terkaya di dunia dengan harta bernilai AS$210 bilion (~RM993 bilion) pada penghujung 2023.
Tetapi nilai harta beliau akan menyusut sebanyak AS$56 bilion (~RM265 bilion) selepas seorang hakim di Delaware menafikan ganjaran saham dengan nilai yang sama diterima oleh Musk pada tahun 2018 kerana dikatakan terlalu melampau.
Keputusan diambil selepas pemegang saham Tesla menyaman syarikat kerana menawarkan ganjaran yang melampau dalam bentuk saham kepada Musk.
Saham diberikan selepas Musk dikatakan berjaya mencapai sasaran pengeluaran yang disasarkan pada tahun tersebut.
Tetapi pemegang saham mendakwa proses memberikan saham serta apakah sasaran yang perlu dicapai tidak jelas semasa keputusan diambil oleh lembaga pengarah.
Lembaga pengarah Tesla kini perlu menawarkan pakej ganjaran berbeza kepada Musk.
Oleh sebab itu Musk kini menjadi manusia ketiga terkaya di dunia di belakang Bernard Arnault dan Jeff Bezos.
Ini menjadi satu lagi nasib malang buat Musk yang melihat tahun lalu Tesla dipintas oleh BYD sebagai pengeluar EV terbesar dunia dan nilai X menjunam 71.5% berbanding AS$44 bilion semasa dibeli oleh beliau setahun lalu. - Amanz
Topic Berkaitan
#Elon Musk
#pegangan saham
#Tesla
#kerugian besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan