awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tesla 'ketinggalan', BYD kini muncul Raja EV dunia

Agensi
Agensi
02/01/2026
23:00 MYT
Tesla 'ketinggalan', BYD kini  muncul Raja EV dunia
BYD berjaya merampas kedudukan Tesla walaupun tidak menjual EV di Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran kedua terbesar Tesla.
DUNIA kini mempunyai ‘raja’ baharu dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) dan ia bukan lagi Tesla.
Selepas hampir 14 tahun Elon Musk memperlekeh pesaing dari China, BYD kini menewaskan gergasi Amerika itu dalam perlumbaan EV global.
Menurut data jualan 2025 yang diumumkan minggu ini, BYD mencatatkan penjualan 2.26 juta EV, meningkat hampir 28 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Sebaliknya, Tesla merekodkan kejatuhan jualan untuk tahun kedua berturut-turut, dengan penghantaran hanya 1.6 juta unit – penurunan 8.6 peratus, sekali gus menjadi kemerosotan tahunan terbesar dalam sejarah syarikat itu.
Menariknya, BYD berjaya merampas kedudukan Tesla walaupun tidak menjual EV di Amerika Syarikat, yang merupakan pasaran kedua terbesar Tesla.
Pada suku keempat 2025, jualan Tesla jatuh kepada kira-kira 418,000 unit, susut 15.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu, selepas mencatat rekod jualan pada suku ketiga berikutan pembeli di AS berebut mendapatkan insentif cukai $7,500 sebelum ia tamat pada 1 Oktober.
Tesla sebelum ini pernah mencatat pertumbuhan hampir 50 peratus setahun, namun mula merosot pada 2024 dengan penurunan 1 peratus.
Tahun lalu, jualan terus menjunam akibat persaingan sengit daripada pengeluar lain termasuk BYD, selain kontroversi politik Elon Musk yang menjejaskan imej jenama di AS dan Eropah.
Strategi harga rendah dan cabaran di China
BYD mencapai kejayaan ini meskipun berdepan perang harga yang sengit di pasaran domestik.
Syarikat berpangkalan di Shenzhen itu turut memperluas operasi ke luar negara, namun strategi harga rendahnya mencetuskan tarif baharu di beberapa pasaran.
Secara keseluruhan, jualan BYD (termasuk EV dan hibrid) meningkat kepada 4.6 juta unit pada 2025, tetapi kadar pertumbuhan adalah yang paling perlahan dalam lima tahun.
Malah, keuntungan syarikat merosot pada suku kedua dan ketiga tahun lalu.
Pasaran automotif China kekal sesak dengan kira-kira 150 jenama kereta dan lebih 50 pengeluar EV.
Persaingan daripada Geely, Leapmotor dan Xiaomi semakin menghakis pegangan pasaran BYD, yang jatuh daripada 35 peratus pada 2023 kepada 29 peratus dalam 11 bulan pertama 2025.
Walaupun jualan merosot, saham Tesla (TSLA) naik 18.6 peratus sepanjang 2025, didorong keyakinan pelabur terhadap rancangan Musk membangunkan armada robotaxi dan robot humanoid.
Namun, setakat ini perkhidmatan robotaxi Tesla hanya beroperasi di dua bandar – Austin dan San Francisco – jauh daripada sasaran separuh populasi AS seperti yang dijanjikan. - Agensi
Topic Berkaitan
#kereta elektrik
#EV
#BYD
#Tesla
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan