BISNES
Thailand sambut baik tarif AS, anggap saling menguntungkan

AS merupakan pasaran eksport terbesar bagi barangan Thailand tahun lepas, menyumbang lebih 18 peratus daripada jumlah penghantaran, dianggarkan berjumlah US$54.96 bilion. - Gambar hiasan
BANGKOK: Tarif baharu sebanyak 19 peratus yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas barangan dari Thailand, berkuat kuasa hari ini, mewakili hasil yang saling menguntungkan bagi mengekalkan asas eksport Thailand dan memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang.
Ringkasan AI
- Amerika Syarikat mengenakan tarif baharu sebanyak 19 peratus ke atas barangan dari Thailand berkuat kuasa 1 Ogos, menggantikan kadar sebelumnya iaitu 36 peratus.
- Kerajaan Thailand menyifatkan kadar baharu ini sebagai hasil rundingan yang saling menguntungkan, membantu mengekalkan asas eksport dan kestabilan ekonomi jangka panjang.
- Langkah ini menjadikan kadar tarif Thailand seiring dengan negara serantau seperti Vietnam, Filipina dan Jepun, sekali gus mengekalkan daya saing Thailand dalam perdagangan global.
Beliau berkata kadar baharu itu jauh lebih rendah daripada 36 peratus sebelumnya, dan setanding dengan kadar yang dikenakan ke atas Vietnam, Filipina dan Jepun.
"Kadar yang disemak semula ini membantu mengekalkan daya saing Thailand di dalam ASEAN, kerana beberapa negara telah memeterai perjanjian yang sama dengan AS," katanya.
Jirayu berkata keputusan itu menunjukkan kemampuan Thailand untuk menempatkan negara itu dalam perdagangan global di tengah-tengah peralihan berterusan dasar perdagangan antarabangsa.
Mengikut perintah presiden yang dikeluarkan oleh Rumah Putih pada 31 Julai, Thailand dan empat lagi negara anggota ASEAN - Malaysia, Kemboja, Filipina dan Indonesia - akan dikenakan kadar tarif yang sama iaitu 19 peratus, berkuat kuasa 1 Ogos.
Kadar baharu itu menggantikan tarif 36 peratus yang diumumkan pada April, menjadikan kadar tarif Thailand seiring dengan ekonomi serantau.
AS merupakan pasaran eksport terbesar bagi barangan Thailand tahun lepas, menyumbang lebih 18 peratus daripada jumlah penghantaran, dianggarkan berjumlah US$54.96 bilion.
Eksport utama Thailand ke AS pada 2024 termasuk komputer, teleprinter dan set telefon serta produk getah. Import utamanya dari AS ialah minyak mentah, mesin dan alat ganti serta bahan kimia.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami