CAKAP sahaja pasal Tesco, pastinya kita akan kaitkan dengan barangan berkualiti dan ditawarkan pada harga rendah. Malah tidak keterlaluan untuk katakan bahawa rata-rata rakyat Malaysia pernah berbelanja di Tesco.

Tidak hanya menyediakan keperluan dapur anda, rangkaian peruncitan tersebut menawarkan lebih daripada segalanya termasuk pelbagai pilihan kategori barangan lain seperti pakaian dan produk kecantikan.

Tapi betul ka Tesco sudah tidak beroperasi di Malaysia? Sebenarnya Tesco Malaysia telah secara rasmi menukar namanya kepada Lotus’s.

Proses penjenamaan semula itu adalah disebabkan Tesco Group UK menjual operasinya di Thailand dan Malaysia kepada konglomerat Thailand, Charoen Pokphand Group Co Ltd. (C.P. Group) pada Mac lalu.

Membawa semangat #CeriaCaraLotuss, Lotus’s menyasarkan untuk menjadi pusat perkhidmatan sehenti anda yang tidak hanya menawarkan pengalaman beli-belah secara fizikal, malah pengguna turut boleh membuat pembelian menerusi aplikasi Lotus’s.

Lotus’s turut memperkenalkan promosi Hari-hari Harga Rendah bagi produk-produk terpilih termasuk barangan segar dan runcit selain promosi-promosi sedia ada dalam usaha memberi nilai terbaik kepada pengguna.

Mengapa Lotus’s menjadi destinasi pilihan beli-belah bagi keluarga anda pada setiap hujung minggu? Ini adalah antara sebabnya, Ceria Cara Lotus’s!

Ceria Itu Segar!

Di Lotus’s, mereka menawarkan produk-produk segar dan berkualiti yang seperti anda inginkan! Daripada pilihan sayur-sayuran, poltri, makanan laut serta buah-buahan.

Lotus’s menawarkan produk-produk segar dan berkualiti yang seperti anda inginkan!.

Lotus’s memandang serius dan komited dalam menyediakan makanan yang selamat kepada pengguna dan mereka mempunyai rantaian bekalan pintar dengan pengesanan bagi memastikan kualiti dan kesegaran produk.

Jadi pengguna tidak perlu lagi bimbang!

Ceria Itu Banyak Pilihan!

Lotus's menawarkan rangkaian barangan tempatan hingga ke seleksi antarabangsa termasuk snek-snek kegemaran anda dari Thailand!.

Lotus’s menyediakan pelbagai pilihan produk bagi keperluan harian anda… daripada rangkaian barangan tempatan hingga ke seleksi antarabangsa (termasuk snek-snek kegemaran anda dari Thailand!) serta barangan organik.

Ceria Itu Berbaloi

Lotus’s benar-benar menitikberatkan siri produk yang dipilih bagi memastikan ia memenuhi keperluan setiap individu dan keluarga.

Lotus’s percaya semua orang berhak mempunyai kehidupan yang berkualiti.

Lotus’s menawarkan pelbagai barangan segar termasuk ayam dan udang selain barangan keperluan lain seperti beras, lampin pakai buang, tisu dan kerepek pada harga terbaik!

Ini kerana Lotus’s turut percaya semua orang berhak mempunyai kehidupan yang berkualiti.

Ceria Itu Jenama Lotus’s

Jangan lupa, Lotus’s juga mempunyai produk istimewa jenama mereka sendiri di bahagian barangan segar, Lotus’s Fresh.

Lotus's memastikan produk ditawarkan pada harga berpatutan dan jaminan kualiti dan rasa yang terbaik.

Tidak hanya itu, jenama in-house seperti Nax Nax, Value, Cute & Care, Aliv, Oral Pro, Me Style & Prestigo yang merangkumi semua rangkaian runcit umum termasuk snek, penjagaan diri bagi dewasa dan bayi serta makanan haiwan peliharaan.

Lotus’s tidak hanya memastikan produk ditawarkan pada harga berpatutan tetapi turut memberi jaminan kualiti dan rasa yang terbaik!

Ramai pengguna menyukai barangan Lotus’s dan antara yang menjadi kegemaran adalah susu coklat UHT Lotus’s, kerepek kentang, kentang goreng, nuget, piza sejuk beku, lampin pakai buang bayi Cute and Care.


Ceria Itu Mudah!
Tiada masa untuk keluar membeli barang? Jangan bimbang, online kan ada! Buat pembelian secara atas talian di platform tersedia Lotus’s!

Lotus’s merupakan peruncit multirangkaian terbesar dengan pelbagai kaedah pembelian yang boleh pelanggan pilih termasuk menerusi platform e-dagang Lazada, Shopee, Happy Fresh serta Food Panda.

Jangan bimbang, online kan ada! Buat pembelian secara atas talian di platform tersedia Lotus’s!

Jenama peruncit tersebut turut mempunyai platform online sendiri bagi memudahkan pengguna serta rangkaian Whatsapp beli-belah untuk penghantaran atau mengambilnya sendiri di kedai fizikal.

Pembelian menerusi aplikasi Lotus’s! Selaras dengan usaha penjenamaan tersebut aplikasi ClubCard kini ditukar kepada aplikasi Lotus’s.

Anda boleh membuat pembelian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan aplikasi Lotus's.

Manfaat aplikasi Lotus’s:
1. Anda boleh membuat pembelian di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
2. Boleh membuat tebusan bagi nilai terbaik!
3. Aplikasi Lotus’s tersedia di Apple App Store, Google Playstore, Huawei App Gallery. Jadi, kemas kini aplikasi ClubCard anda kepada aplikasi Lotus’s hari ini bagi pelbagai tawaran-tawaran menarik!

Sempena promosi pelancaran aplikasi Lotus’s, ahli akan menikmati:
1. Penghantaran percuma tanpa had minimum sehingga 10 April ini.
2. Baucar diskaun mingguan untuk direbut. Diskaun sehingga 20 peratus, sah dari 11 Mac hingga 7 April ini.
3. Baucar harian untuk direbut bermula 11 Mac hingga 14 April ini.

*Tertakluk pada terma dan syarat. Kepada pengguna terawal sehingga stok habis.

Belum menjadi ahli? Muat turun aplikasi Lotus’s sekarang bagi menikmati tawaran eksklusif setiap bulan!.

Ceria Itu Ganjaran!

Kumpul mata ganjaran dan tebus ganjaran dalam hanya satu aplikasi!.

Terdapat banyak sangat manfaat kepada anda jika menyertai Program Kesetiaan MyLotus’s (ganjaran setiap bulan) ini:
1. Beli-belah secara online, kumpul mata ganjaran dan tebus ganjaran dalam hanya satu aplikasi!
2. Jadi antara pelanggan pertama menerima notifikasi promosi terkini.
3. Nikmati promosi eksklusif ahli.
4. Tebus kupon eksklusif ahli.
5. Terima diskaun segera ketika membuat pembayaran secara online.
6. Tukar pembelanjaan anda kepada kupon!.

Jadi, jangan tunggu lagi! Daftar sebagai ahli MyLotus’s sekarang bagi menikmati pelbagai ganjaran menarik ditawarkan!

Lotus’s Malaysia turut menyumbang kepada pembangunan komuniti menerusi pelbagai inisiatif dilaksanakan syarikat termasuk semangat #KitakanJiran.

Menerusi inisiatif tersebut turut merangkumi:

1. Sebanyak 15 stor Lotus’s telah dilengkapi dengan kuasa solar yang mengimbangi pelepasan karbon dioksida sebanyak 9,138 tan.

Lotus’s mengambil inisiatif dalam pemasangan solar di 15 stornya sebagai usaha mengimbangi pelepasan karbon dioksida.

2. Syarikat turut menyediakan tong makanan amal di setiap stor bagi anda bersama-sama menceriakan hidup mereka yang memerlukan.

Tong makanan amal disediakan di setiap stor bagi berkongsi keceriaan bersama.

3. Lotus’s mendermakan lebihan makanan yang selamat dimakan tetapi tidak dapat dijual kepada golongan kurang berkemampuan.

Lotus’s mendermakan lebihan makanan yang selamat dimakan kepada mereka yang memerlukan.

Kini anda tahu yang anda sedang menyokong jenama terbaik dan yang menyumbang semula kebaikan kepada komuniti. Jom buat pembelian barangan keperluan anda di cawangan-cawangan Lotus’s berhampiran atau menerusi platform online hari ini!

Dalam pada itu, Lotus’s Malaysia turut menyasarkan untuk membuka lebih banyak lagi cawangan baharu di lokasi-lokasi strategik pada masa hadapan!