Ringkasan AI
- Kepentingan ASEAN: ASEAN merupakan pemain dan pasaran industri yang penting, dan AS tidak mungkin akan mengabaikan suara kolektif ASEAN dalam membuat keputusan ekonomi.
- Kepimpinan Malaysia: Malaysia, sebagai Pengerusi ASEAN, mempunyai kedudukan istimewa untuk menonjolkan sentraliti ASEAN dan membuktikan bahawa ASEAN boleh bersatu dalam menangani cabaran ekonomi global.
- Cabaran Muafakat ASEAN: Terdapat keperluan untuk negara-negara ASEAN bersatu dan mengutamakan kepentingan serantau berbanding kepentingan ekonomi domestik semata-mata, untuk memastikan kekuatan dan keberkesanan ASEAN dalam menghadapi isu global.
Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Barjoyai Bardai berkata ASEAN secara kolektif merupakan pemain dan pasaran industri yang terlalu penting sehingga tidak mungkin akan diabaikan.
“Saya melihat Malaysia mempunyai kedudukan yang istimewa sebagai Pengerusi ASEAN. Kita tahu ASEAN akan menjadi pusat pertumbuhan dalam dekad mendatang. Kita lihat ekonomi ASEAN akan menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia selepas ini.
“AS akan melihat apa jua suara kolektif ASEAN akan dilihat sebagai suatu yang sangat penting dalam pertimbangan keputusan AS. AS akan memerlukan semua negara ASEAN untuk berganding dengan AS bagi membolehkan AS terus relevan sebagai ekonomi besar dunia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Agenda AWANI pada Isnin.
AS tidak akan mengabaikan suara kolektif ASEAN - Penganalisis
“Apabila ada peristiwa besar seperti ini, maka sudah tentu kedudukan ASEAN akan lebih kukuh dengan negara-negara dalam ASEAN perlu bersatu-padu.
“Inilah masa yang terbaik di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk menonjolkan sentraliti ASEAN di mata dunia. Membuktikan ASEAN boleh bergerak dalam wadah yang sama dalam memperjuangkan kepentingan semua negara ASEAN,”
Namun pada masa yang sama, Ahmad Martadha memberi amaran terhadap sikap negara-negara anggota ASEAN yang berdegil dengan mengutamakan kepentingan ekonomi domestik semata-mata, tanpa mengambil kira kepentingan serantau dan negara-negara jiran.
“Sebelum ini suara ASEAN tidak begitu kuat dan hubungan sesama negara anggota juga tidak kuat. Sebelum ini kita perkenalkan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).
Tetapi dalam kalangan negara-negara ASEAN sendiri ada yang tidak bersetuju dan tidak memberi kerjasama kerana hendak mengekalkan dasar perlindungan terhadap industri tempatan masing-masing,” katanya.
Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan pada Mei depan.
Semasa sidang tersebut pemimpin negara-negara berkepentingan dalam perang dagang global dijangka akan hadir termasuk dari Majlis Kerjasama Teluk (GCC), China, Jepun, Korea Selatan dan Amerika Syarikat.
Agenda AWANI: Rundingan Tarif AS, Lindungi Kepentingan Negara
