Skip to main content

Dunia

Hotel Hat Yai-Songkhla cadang pendaftaran kenderaan dalam talian bagi pelancong Malaysia

Malaysian tourists and Thai returnees clog the Sadao checkpoint in Songkhla. Holidaying Malaysian motorists face long queues, sometimes extending overnight, when entering and leaving Thailand. (Photo: Sadao Customs House Facebook)   Please credit and share this article with others using this link: https://www.bangkokpost.com/business/general/3267248/hoteliers-online-car-registration-needed-to-reduce-queues-at-sadao-border. View our policies at http://goo.gl/9HgTd and http://goo.gl/ou6Ip. © Bangkok Post PCL.
Pemandu dari Malaysia kerap berdepan kesesakan sehingga berjam-jam bagi mendapatkan pelepasan masuk ke selatan Thailand, terutama pada musim cuti dan perayaan. -Foto Facebook

SONGKHLA: Persatuan Hotel Hat Yai-Songkhla menggesa kerajaan Thailand membenarkan pelancong dari Malaysia mendaftarkan kenderaan secara dalam talian sebelum memulakan perjalanan bagi mengurangkan kesesakan di pintu sempadan.

Presidennya Sitthipong Sitthiphataraprabha berkata langkah segera perlu diambil bagi menangani masalah barisan panjang di kaunter imigresen dan kastam, khususnya di pintu masuk utama Sadao di wilayah Songkhla.

"Situasi ini akan menjejaskan ekonomi Songkhla dan sebahagian wilayah selatan lain kerana mereka bergantung hampir 100 peratus kepada pelancong Malaysia," kata beliau. 

Menurut laporan Bangkok Post, pemandu dari Malaysia kerap berdepan kesesakan sehingga berjam-jam bagi mendapatkan pelepasan masuk ke selatan Thailand, terutama pada musim cuti dan perayaan.

Masalah sama turut dilaporkan ketika perjalanan pulang ke Malaysia, malah ada pelancong yang terpaksa bermalam dalam kenderaan akibat kelewatan panjang di sempadan.

Walaupun pelancong asing kini boleh mengisi kad imigresen Tor Mor 6 (TM6) secara dalam talian, ketiadaan sistem pendaftaran kenderaan digital secara bersepadu dilihat menjadi antara punca utama kesesakan.

Persatuan itu berharap pengenalan sistem tersebut dapat melicinkan proses dokumentasi di pintu masuk dan pada masa sama memastikan aliran pelancong Malaysia ke Hat Yai terus kekal.

Kira-kira 300,000 rakyat Malaysia berkunjung ke daerah Hat Yai dan kawasan sekitar sempena sambutan Aidiladha dan cuti sekolah pertengahan tahun dari 27 Mei hingga Ahad. 

Pelancong Malaysia dilapor membelanjakan sekitar satu bilion baht (kira-kira RM122.8 juta) di Hat Yai, dengan faktor makanan yang lazat dan berpatutan menjadi penarik utama percutian mereka. 

 

Must Watch Video

Advertisement