Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan ia tidak pernah dan tidak akan campur tangan dalam rundingan antara mana-mana pihak berkaitan dengan penggabungan dan pengambilalihan dalam industri perbankan.
Aktiviti-aktiviti ini didorong oleh pasaran, yang mana sebahagian besarnya berdasarkan kepada pertimbangan komersial dan perniagaan dan bank pusat memainkan peranan sebagai pembantu dalam memudahkan proses penggabungan, kata bank pusat dalam satu kenyataan hari ini.
BNM berkata demikian sebagai reaksinya kepada sebuah artikel akhbar tempatan yang bertajuk "What led to the collapse of Ambank - RHB deal" (Apakah yang menyebabkan kegagalan janji niaga Ambank-RHB) disiarkan pada Jumaat, yang mana bank pusat menganggapnya sebagai tidak tepat dan boleh menyebabkan kekeliruan dalam kalangan pemain industri perbankan.
"Dalam melaporkan perkara seperti itu, memberikan pandangan yang adil dan seimbang perlu menjadi norma pemberita.
"Apa-apa sindiran atau tuduhan yang dibuat terhadap pihak-pihak tertentu perlu disertakan dengan komen dan maklum balas daripada pihak-pihak terbabit.
"Penggabungan dalam sektor perbankan dipacu terutamanya oleh pertimbangan perniagaan institusi perbankan itu sendiri.
BACA: RHB, AMMB tamatkan rundingan penggabungan
BACA: RHB, Ambank mula rundingan penggabungan
BACA: RHB dan Ambank bakal bergabung?
"Justeru itu, amatlah tidak tepat dan malahan tidak wajar bagi artikel itu untuk merumuskan yang 'the deal is likely to have failed because the central bank was the only driver pushing the deal to go through' (janji niaga itu nampaknya gagal kerana bank pusat adalah satu-satunya pihak yang mendesak ia dilaksanakan)," kata bank pusat sambil menambah pemberita perlu adil, bertanggungjawab dan profesional dalam penyelidikan dan ulasan mereka.
BNM berkata ia memberikan kelulusan kepada pihak-pihak terbabit untuk membincangkan dan merundingkan janji niaga tu dalam tempoh masa yang ditetapkan.
"Semasa tempoh ini, pihak-pihak akan menjalankan penilaian menyeluruh bagi penggabungan itu selepas mengambil kira pelbagai pertimbangan.
"Ini termasuk penilaian potensi sinergi, serta risiko yang timbul daripada model perniagaan, operasi dan sistem mereka masing-masing dan selepas mengambil kira analisis menyeluruh dari segi maklumat kewangan dan bukan kewangan," kata BNM.
Bank pusat berkata, ia juga merupakan tanggungjawab fidusiari Lembaga Pengarah entiti masing-masing untuk memastikan penggabungan itu akan mengambil kira kepentingan terbaik pemegang kepentingan, terutamanya pendeposit dan pemegang saham.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 27 2017
BNM: Apa-apa sindiran atau tuduhan yang dibuat terhadap pihak-pihak tertentu perlu disertakan dengan komen dan maklum balas daripada pihak-pihak terbabit.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Najib tidak persoal Ambank tentang jumlah besar wang 'keluar masuk' dalam akaun peribadinya
Tiada sebarang tindakan undang-undang diambil terhadap bank itu atas dakwaan dana dikredit dan didebit secara salah ke akaunnya.
AmBank beri moratorium enam bulan kepada mangsa banjir
Moratorium itu merangkumi ansuran bulanan atau pembayaran balik bagi semua fasiliti pinjaman dan pembiayaan termasuk kemudahan kad kredit.
Moratorium berakhir: AmBank tawar bantuan pembayaran balik pada hujung minggu
Ambank menawarkan bantuan pembayaran balik pada hujung minggu melalui Ambank Assist.
AmBank akan agih RM20 bilion pinjaman PKS dalam tempoh 3 tahun
Kumpulan AmBank menyedari keperluan untuk bergerak lebih jauh lagi dalam membantu syarikat dengan pembiayaan.
Here are the three considerations we had when we did the Budget - Tony Pua
Damansara MP Tony Pua explained the three major considerations on what went into the development and execution of Budget 2019.
Kumpulan AmBank akan siasat CAGM
Kumpulan AmBank akan menyiasat kumpulan yang menggelarkan diri mereka Citizens for Accountable Governance (CAGM) di atas penipuan yang dilakukan organisasi itu.
Najib dinasihat berehat sementara siasatan dakwaan WSJ dijalankan
Najib Tun Razak dinasihatkan berehat daripada menguruskan sebarang tugas pentadbiran negara ketika siasatan ke atas dakwaan Wall Street Journal (WSJ) berhubung penyaluran AS$700 juta ke akaunnya.
Adakah pembunuhan pengasas AmBank ada kaitan dengan 1MDB? - Kit Siang
Penasihat DAP menggesa polis membuka semula kes pembunuhan pengasas AmBank Hussein Ahmad Najadi yang ditembak mati di Lorong Ceylon Julai 2013 lalu.
'Kenapa Najib tak nafi akaun AmBank itu bukan miliknya?' - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar mempersoal mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak menafikan nombor akaun AmBank yang dilaporkan WSJ.
'BAFIA halang AmBank, BNM dedah pemilik akaun kontroversi' - Khalid Ibrahim
Pihak AmBank atau BNM disifatkan tidak boleh mendedahkan nombor akaun yang didedahkan Wall Street Journal yang didakwa atas nama Najib wujud atau sebaliknya.