KUANTAN: Tiga pengeluar karavan terbesar di dunia dari Eropah sedang meneroka untuk melabur dan menubuhkan kilang pembuatan mereka di Malaysia, kata Bernhard Schutte, Pengerusi TAPiO Management Advisory Sdn Bhd.

Beliau berkata, ketiga-tiga syarikat billion-dolar, iaitu Kumpulan Erwin Hymer, KnausTabbert, dan HobbyFendt mahu menubuhkan kilang Kenderaan Rekreasi (RV) dan menjadikan Malaysia hab pengedaran bagi rantau Asia Pasifik.

TAPiO ialah firma penasihat pelbagai disiplin yang berpangkalan di Malaysia yang mengkhusus dalam membantu pelanggan berkembang ke rantau ASEAN dengan menggunakan Malaysia sebagai pintu masuk.

''Bukan sahaja untuk Malaysia tetapi mereka juga mahu mengeksport karavan yang juga di kenali sebagai Kenderaan Rekreasi (RV) ke pasaran Asia Pasifik.

''Ini akan mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan bukan sahaja dalam pembuatan tetapi juga untuk industri alat ganti dan komponennya untuk karavan, katanya kepada DagangNews.com di sini.

Beliau berkata, satu daripada lokasi yang dikenal pasti untuk dibangunkan kilang tersebut ialah di Pekan, Pahang.

Schutte bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob  semasa lawatan beliau ke Menara Kuantan 188 baru-baru ini, selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC).


Datuk Seri Ismail Sabri mendengar penerangan Bernhard Schutte mengenai kenderaan rekreasi (RV) semasa bertemu di Kuantan, baru-baru ini.




Datuk Seri Ismail Sabri meninjau ruang dalaman kenderaan RV sambil diberi penerangan oleh Bernhard Schutte.

Schutte berkata, tugas untuk menarik pelaburan berbilion dolar ke Malaysia dilakukan bersama-sama dengan ECERDC, TAPiO yang diterajuinya.

Beliau berkata, “kami tidak mungkin membawa masuk pelabur tanpa bantuan daripada kedua-dua kerajaan Malaysia dan Jerman.

“Selain kerajaan, kami juga mendapat sokongan penuh daripada Duta Besar Jerman ke Malaysia, Dr Peter Blomeyer, yang bekerja tanpa jemu untuk memastikan perkara ini berlaku,” katanya.

Bernhard Schutte
Bercakap kepada DagangNews.com, Pengerusi Menara Kuantan 188 Datuk Indera Naresh Mohan berkata: "Kami mendapat penghormatan dan keistimewaan menjadi tuan rumah kepada perdana menteri yang melawat Pahang

''Saya rasa ia adalah mesyuarat tetap (ECERDC) dan dia memutuskan untuk datang ke sini untuk makan tengah hari di Menara Kuantan 188. Dia sangat seronok,’’ kata Naresh.

Perdana menteri diiringi Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang turut menghadiri mesyuarat ECERDC.

Juga hadir ialah Menteri Besar Kelantan  Datuk Bentara Kanan Ahmad Yakob, dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

Antara lain yang turut hadir Menteri Kewangan Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri di Pejabat Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Kesemua mereka sebelum ini menghadiri mesyuarat ECERDC.

Menyentuh rancangan untuk menghasilkan karavan tempatan, Naresh berkata: ''Ia akan menjadi peluang yang hebat. Ideanya betul, dan bagus sekali”.

"Jika semuanya berjalan lancar dan jika anda mula mengeluarkannya di Malaysia, ia akan menurunkan harga dan ia akan menjadikannya lebih mampu untuk keluarga menggunakan karavan dan mengembara," katanya.

Menyambut baik cadangan penubuhan kilang pembuatan, Exco Kerajaan Negeri Pahang, yang merupakan Ahli Jawatankuasa Pelancongan, Alam Sekitar dan Perladangan Pahang, Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsuddin berkata: "RV adalah kenderaan yang sangat menarik’’.

"Dengan RV, anda mempunyai segala-galanya di dalam untuk penginapan anda, anda tidak perlu mendaftar masuk ke hotel atau motel, dan anda boleh bergerak sepanjang masa.

“Saya fikir ia adalah konsep gaya hidup baharu yang sangat baik terutama bagi mereka yang ingin menikmati masa lapang.

''Saya percaya di Pahang kita boleh gunakan ini kerana ia adalah tempat di mana anda ingin mempunyai penginapan yang betul jauh, kemudian anda boleh menggunakan RV atau karavan apa sahaja namanya," tambahnya. – DagangNews.com