awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiga tumpuan utama harungi kelembapan ekonomi global 2023 - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
04/12/2022
11:05 MYT
Tiga tumpuan utama harungi kelembapan ekonomi global 2023 - Tengku Zafrul
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggariskan tiga keutamaan untuk memulihkan keyakinan pelabur berikutan ekonomi global yang dijangka perlahan pada 2023 antaranya memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menggariskan tiga keutamaan untuk memulihkan keyakinan pelabur berikutan ekonomi global yang dijangka perlahan pada 2023 antaranya memastikan perdagangan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama.
Beliau berkata keutamaan kedua ialah memulihkan keyakinan pelabur dan meningkatkan pelaburan langsung asing (FDI) dan ketiga;memastikan penggubalan dan/atau pelaksanaan mana-mana perjanjian perdagangan dua hala mahupun pelbagai hala akan memberikan nilai dan kelebihan padu kepada pemain domestik dalam rantaian bekalan Malaysia terutamanya bagi PKS kecil dan mikro.
Dalam kenyataan hari ini beliau berkata peningkatan FDI diperlukan memandangkan ia telah lama menjadi pembina utama daya tahan ekonomi selain merupakan antara sumber tukaran mata wang asing terbesar negara.
Memanfaatkan pengalamannya di Kementerian Kewangan serta pengalaman korporat sebelum ini, Tengku Zafrul berkata beliau akan memastikan kementerian yang baru diterajuinya itu akan terus menjadi pemacu untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur serta antara negara kekal berdaya saing global dari segi perdagangan.
"Melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan semula di Parlimen, MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) akan mencadangkan pewujudan dana pelaburan khas bagi menarik lebih banyak pelaburan bernilai tambah tinggi yang bakal menjana peluang pekerjaan profesional bergaji lebih tinggi," katanya.
Industri berasaskan teknologi lain yang turut diberi perhatian adalah aeroangkasa, kimia dan petrokimia, nanoteknologi, teknologi kesihatan dan pembuatan pintar, katanya.
Beliau berkata usaha tersebut akan disesuaikan dengan langkah-langkah pembangunan modal insan yang bakal menyumbang kepada penstrukturan semula ekosistem perdagangan Malaysia bagi jangka masa sederhana dan panjang.
"Saya juga akan memulakan sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan dalam komuniti perdagangan sama ada di peringkat domestik mahupun antarabangsa untuk memastikan kita mengekalkan atau menambah baik daya saing ekosistem perdagangan Malaysia," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#ekonomi global
#pelaburan langsung asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan