awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiger Synergy catat kerugian sebelum cukai RM1.54 juta

Bernama
Bernama
28/02/2013
09:18 MYT
Tiger Synergy catat kerugian sebelum cukai RM1.54 juta
Tiger Synergy Bhd mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM1.54 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2012, berbanding dengan keuntungan sebelum cukai RM6.05 juta dalam tempoh yang sama 2011. Pendapatannya susut kepada RM34.12 juta daripada RM38.14 juta sebelumnya, kata syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini. Ia berkata penurunan itu adalah disebabkan kos tinggi dan margin keuntungan rendah yang dicatatkan daripada bahagian pembangunan hartanah. Kumpulan itu tetap yakin dengan prospek asas pasaran hartanah Malaysia meskipun jangkaan keadaan tidak menentu akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ia berkata dalam makroekonomi negara, demografi positif, kestabilan pekerjaan, penurunan berstruktur dalam permulaan perumahan dan sektor perbankan akan terus menyumbang kepada daya tahan permintaan. "Dengan prospek itu, kumpulan baru-baru ini memeterai perjanjian usaha sama untuk membangunkan beberapa bidang tanah dengan nilai pembangunan kasar RM160 juta," kata syarikat tersebut.
Topic Berkaitan
#kerugian
#Tiger
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan