KUALA LUMPUR: Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional selepas berjaya menarik lebih 40,000 usahawan dan peminat e-dagang serta 160,000 penonton dalam talian.
Pelaksanaan karnival ini dilihat bukan sahaja mampu memperkasakan perniagaan usahawan tempatan, tetapi juga boleh meningkatkan kemahiran peniaga selaras dengan inisiatif #JomLokal TikTok Shop.
Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, sokongan penuh daripada syarikat TEKUN Nasional berjaya mendorong karnival tersebut dalam merealisasikan transformasi digital.
“Dalam hanya 45 hari, kerjasama ini telah melatih 150 peniaga dari Pulau Pinang, Kedah, Perlis dan usahawan-usahawan TEKUN Nasional ini juga berjaya mencapai 1.19 juta trafik pelanggan dan menyaksikan peningkatan setinggi 243 peratus dalam jualan penstriman langsung para peniaga,’’ katanya.
Sesi perkongsian bermanfaat daripada pencipta kandungan terkenal, Vicky Littlewolf menjadi acara pembuka tirai yang berkisarkan tentang pengalaman sebenar individu tersebut termasuklah perjalanan keusahawanan yang membantu dirinya dalam memacu kerjaya dan perniagaan komuniti pencipta kandungan tempatan.
Kesemua 10 usahawan cemerlang yang memenangi pertandingan penstriman langsung turut menerima ‘pakej penstriman langsung’ bernilai lebih RM7,000 merangkumi sokongan trafik pelanggan, baucar jualan, pencarian pencipta kandungan yang serasi, serta persediaan stesen penstriman langsung.
Sementara itu, Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani turut mengambil kesempatan menzahirkan penghargaan kepada TikTok Shop yang bergerak sebagai rakan strategik dalam mempromosikan acara karnival sekali gus berjaya mencatat capaian seramai 3 juta penonton menerusi video berdurasi pendek.
“Kebangkitan teknologi maklumat dan komunikasi telah memacu masyarakat ke arah era digital dan teknik penyesuaian diri dengan teknologi baharu mampu membolehkan usahawan berinovasi serta meneroka peluang baharu,” tegas beliau.
Turut menarik tumpuan, Majlis Penganugerahan TikTok yang dirasmikan Abdullah dalam meraikan pencapaian cemerlang barisan usahawan tempatan.
Antara usahawan yang tersenarai termasuklah @cikschagold.hq, pemenang ‘Hasil Jualan Penstriman Langsung Terbaik’ yang berjaya mencapai pertumbuhan jualan sebanyak 7,000 kali ganda dalam masa 20 hari; dan @lipstickscarf yang dinobatkan sebagai pemenang kategori ‘Pertumbuhan Pesanan Tertinggi’ selepas berjaya mencapai pertumbuhan pesanan sebanyak 1.6 kali ganda dalam masa 20 hari.
Selain itu, @cendawanhub diumum pemenang kategori ‘Interaksi Video Berdurasi Pendek Terbaik’ yang meraih lebih 40,000 tontonan, serta @shiffaenterprise yang menjadi juara pertandingan ‘business pitching’.
Bukan itu sahaja, Shiffa Enterprise, sebuah pembekal Serbuk Kari Pulau Pinang, turut dianugerahkan program pembangunan tiga bulan yang akan dikendalikan oleh rakan kongsi TikTok Shop, Anna Aziz.
Anugerah tersebut merangkumi penghasilan video berdurasi pendek, hos jualan penstriman langsung, dan dua sesi bimbingan secara dalam talian dan bersemuka.
Anna Aziz merupakan individu yang berpengalaman dalam penghasilan kandungan video untuk meningkatkan keterlihatan, penglibatan dan jualan jenama termasuk perancangan strategik, pengeluaran bermutu tinggi serta analisis prestasi yang terperinci.
Kerjasama dengan TEKUN Nasional ini merupakan satu langkah penting ke arah memupuk inovasi digital dan pertumbuhan dalam landskap keusahawanan Malaysia, seiring dengan komitmen berterusan TikTok Shop dalam memperkasakan usahawan tempatan.
Amzar Alif
Wed Jul 17 2024
Pengerusi TEKUN Nasional, Datuk Abdullah Sani dan Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz bersama para pemenang anugerah TikTok di Karnival TEKUN Madani. -Gambar Tiktok Shop Malaysia
Kerajaan Jawa Timur bincang kerjasama dengan Universiti Al-Azhar
Sejak 2019, setiap tahun Kerajaan Wilayah Jawa Timur hantar 30 pelajar melanjutkan pengajian peringkat sarjana muda di Universiti Al-Azhar.
Sultan Selangor, Raja Permaisuri zahir ucapan Maulidur Rasul
Sultan Sharafuddin turut menyeru seluruh umat Islam agar terus menguatkan kecintaan kepada Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunah-sunah baginda.
NAFAS perkenal Kit Pertanian Bandar, galak lebih ramai tanam sayur di rumah
NAFAS harap Kit Pertanian Bandar akan dapat memudahkan lebih banyak keluarga di kawasan bandar untuk mula menanam sayur di rumah masing-masing.
Labuan sasar empat emas pada Para SUKMA Sarawak
Pingat emas disasarkan menerusi tiga atlet iaitu Risabel Rozell Parinus, Labo Taulim dan Avirinda Anis.
Perkhidmatan kereta api Poland-Czech digantung kerana banjir
Perjalanan kereta api yang datang dari Republik Czech ke Poland telah dibatalkan sehingga diberitahu kelak.
Sambutan Hari Malaysia di Bagas Zakariah imbau nostalgia zaman dahulu
Pengunjung yang hadir berbusana tahun 50-an dan 60-an disajikan dengan pertunjukan wayang pacak dan diberi peluang menyertai joget lambak.
Darah satria mendiang bapa mengalir dalam badan Indiran
Indiran juga berhasrat menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi untuk menjadi seorang pegawai tentera seperti bapanya.
PDRM, agensi penguat kuasa perlu tegas kenal pasti kegiatan penunggang agama
Ketegasan penting bagi memastikan gerakan subversif yang boleh memberikan ancaman terhadap akidah umat Islam di negara ini tidak berkembang.
Perbezaan pendapat perlu ditangani dengan adab terbaik - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata pada ketika menyambut Maulidur Rasul tahun ini, umat Islam diingatkan untuk menangani perbezaan pendapat dalam masyarakat dan organisasi dengan adab yang terbaik.
Umat Islam diseru perkukuh ukhwah, elak perselisihan
Ahmad Zahid berkata, ini kerana Malaysia sering dilihat sebagai contoh oleh dunia terutama dalam membawa suara Palestin.
TikTok Shop Malaysia cipta kolaborasi cemerlang bersama TEKUN Nasional, berjaya tarik lebih 40,000 usahawan
Sempena Karnival TEKUN Madani Peringkat Pulau Pinang, TikTok Shop Malaysia merekodkan kejayaan memberangsangkan hasil kerjasama dengan TEKUN Nasional dan berjaya menarik lebih dari 40,000 usahawan.
Karnival TEKUN Madani sempena Pesta Kaamatan di Kuala Penyu
Pada karnival itu juga, KUSKOP akan melancarkan projek Tamu Desa bagi Sabah untuk tahun 2023.