awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fahmi ingatkan rakyat manfaat teknologi secara bijak sempena tahun baharu 2026
Helikopter Super Lynx TLDM mendarat cemas di perairan Pantai Klebang
Penguasaan AI, profesionalisme dan kesejahteraan rakyat panduan PDRM depani cabaran 2026 - KPN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka

Bernama
Bernama
31/12/2025
21:00 MYT
Speaker Parlimen Pakistan, Menteri Luar India berjabat tangan di Dhaka
Jaishankar (kiri) dan Ayaz bertemu ketika menghadiri upacara pengebumian Begum Khaleda Zia di Dhaka, Bangladesh, 31 Dis 2025. - Foto X @ChiefAdviserGoB
NEW DELHI: Speaker Parlimen Pakistan Sardar Ayaz Sadiq dan Menteri Hal Ehwal Luar India Subrahmanyam Jaishankar berjabat tangan di ibu negara Bangladesh pada Rabu, dalam pertemuan peringkat tinggi pertama antara kedua-dua negara sejak konflik ketenteraan yang berlaku pada Mei lalu.
Ayaz dan Jaishankar bertemu ketika menghadiri upacara pengebumian bekas Perdana Menteri Bangladesh, Begum Khaleda Zia di Dhaka.
Pejabat Ketua Penasihat Kerajaan Interim Bangladesh serta Parlimen Pakistan berkongsi gambar interaksi antara Ayaz dan Jaishankar di media sosial.
Ayaz berada di Parlimen Bangladesh bersama kenamaan asing lain bagi menandatangani buku takziah apabila kedua-dua pemimpin itu bertemu.
"Dalam pertemuan itu, Dr S Jaishankar memperkenalkan dirinya kepada Speaker dan menyatakan bahawa beliau mengenalinya. Pertemuan itu menandakan hubungan peringkat tinggi pertama yang dimulakan oleh pihak India sejak konflik Pakistan-India pada Mei 2025," menurut kenyataan Parlimen Pakistan di platform X.
Ayaz turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Penasihat Kerajaan Interim, Muhammad Yunus di Rumah Tamu Negara, Jamuna.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Subrahmanyam Jaishankar
#Sardar Ayaz Sadiq
#konflik Pakistan-India
#Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan