Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin usaha sama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan pelan mudah alih khas unifi kepada pelancong antarabangsa yang melawat negara ini sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.
Menerusi usaha sama itu, pelancong yang berdaftar untuk Travel Pass unifi TM, kad SIM pelancong, mereka boleh menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had, sambungan WiFi dan tayangan TV pilihan.
"Pelancong boleh memilih sama ada Pas Tujuh Hari atau Pas 15 Hari pada RM60, kedua-duanya menawarkan data berkelajuan tinggi 4G/3G.
"Pas perjalanan unifi juga dilengkapi kredit masa udara prabayar untuk pelancong membuat panggilan keluar pada 20 sen seminit dan menghantar SMS pada 10 sen setiap SMS," kata TM dan Tourism Malaysia dalam kenyataan bersama hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sempena majlis menandatangani perjanjian TM-Tourism Malaysia yang disaksikan oleh Ketua Setiausaha Tourism Malaysia Datuk Dr Noor Zari Hamat dan Pengerusi TM Rosli Man di sini pada Rabu.
Mengulas mengenai usaha sama itu, Rosli berkata TM, melalui produk dan penyelesaian inovatif dan komprehensifnya, akan terus memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan gaya hidup digital, perniagaan digital dan industri menegak selain kerajaan digital.
"Kerjasama ini bukan sahaja mencerminkan sokongan kami terhadap industri pelancongan Malaysia, malah sejajar dengan peranan kami untuk merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi Negara Digital," katanya.
Sementara itu, Noor Zari berkata beliau berharap kerjasama itu akan memainkan peranan penting dalam memajukan hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan unik dan budaya yang pelbagai untuk pelancong di seluruh dunia.
Dengan slogan "Visit Truly Asia Malaysia 2020", kempen Visit Malaysia 2020 bertujuan mencapai 30 juta ketibaan pelancong dengan perbelanjaan sebanyak RM100 bilion tahun ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 08 2020

Menerusi usaha sama itu, pelancong yang berdaftar untuk Travel Pass unifi TM, kad SIM pelancong, mereka boleh menikmati data berkelajuan tinggi tanpa had, sambungan WiFi dan tayangan TV pilihan. - BERNAMA

ASEAN komited realisasikan ADM 2025
Ia bakal menjadi kerangka hala tuju dalam mendukung aspirasi digital dan mengukuhkan kerjasama serantau dalam membangunkan sektor digital ASEAN.

Isu air: Masalah di 22 loji rawatan air akan diselesaikan
Beberapa langkah awal akan diambil untuk menyelesaikan masalah di 22 loji rawatan air di negeri Sabah untuk memastikan pendudukan mendapat bekalan air bersih.

Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat sediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan
Kerajaan Negeri Sabah yakin dapat menyediakan lebih 1,500 peluang pekerjaan jika pelan pelaburan yang telah dirangka dapat dijayakan.

Terputus hubungan | 2,000 beg makanan dihantar ke kampung Orang Asli
Meskipun banjir musim tengkujuh sudah surut di kebanyakan lokasi di Malaysia, impaknya masih dirasai di sesetengah tempat sehingga ke hari ini. Di Gua Musang, Kelantan, sebanyak 2,000 beg makanan terpaksa dihantar kepada 437 keluarga Orang Asli menggunakan helikopter tentera, kerana kampung mereka masih terputus hubungan dengan dunia luar akibat jalan raya yang dinaiki air.

COVID-19 | Tun Dr Mahathir harap jangkitan dapat dikurangkan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar pakar kesihatan dapat mencari jalan dan amalan terbaik untuk mengurangkan jumlah jangkitan dalam kalangan masyarakat. Berkongsi pengalaman di dalam entri terbaharunya di Chedet.CC, Dr Mahathir berkata salah seorang daripada ahli keluarganya didapati positif COVID-19.

Permintaan terhadap ujian saringan COVID-19 meningkat - MMA
Sejak gelombang ketiga COVID-19 melanda Malaysia semakin ramai melakukan ujian saringan walaupun mereka tidak bergejala mahupun bukan kontak rapat kepada kes positif.

COVID-19: 229 kes positif baharu, angka tertinggi di Sarawak setakat ini
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan pertambahan 229 kes positif COVID-19 sekali gus menjadikan angka ini sebagai kes tertinggi di negeri itu setakat ini.

Badminton Terbuka Thailand: Satu mata pisahkan Peng Soon-Liu Ying ke separuh akhir
Mereka seharusnya menyalahkan diri sendiri biarpun tiga kali berpeluang menamatkan perjuangan lawan dari India itu.

Op Benteng: 24 PATI ditahan, 17 kenderaan darat dirampas - Ismail Sabri
Seramai 24 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Benteng di sempadan negara pada Khamis.

COVID-19: Hukum ditetapkan selaras pandangan tokoh ilmuwan Islam dunia - Zulkifli
Hukum penggunaan vaksin COVID-19 dalam kalangan umat Islam dalam negara, adalah selaras dengan pandangan tokoh-tokoh ilmuwan Islam dan institusi-institusi fatwa dunia.

TM tawar data SIM berkelajuan tinggi tanpa had kepada pelancong
Telekom Malaysia Bhd (TM) menjalin usaha sama dengan Tourism Malaysia bagi menawarkan pelan mudah alih khas Unifi kepada pelancong luar.