Skip to main content

Bisnes

TNB diiktiraf Jenama Terbaik tahun ini di World Branding Awards 2026-2027

Tenaga Nasional Bhd (TNB) meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards yang mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, kata Perdana Menteri Anwar.

Advertisement

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Menerusi hantaran di laman X, beliau berkata, sepanjang 77 tahun penubuhannya, TNB memainkan peranan penting dalam membekalkan tenaga elektrik, menyokong pertumbuhan ekonomi serta memacu pembangunan negara.

“Pengiktirafan ini mencerminkan keyakinan rakyat terhadap sumbangan TNB kepada kemajuan negara, selain mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa,” katanya.

Advertisement

Anwar turut berharap kejayaan itu menjadi pemangkin kepada TNB untuk terus meningkatkan mutu perkhidmatan, memperkukuh infrastruktur tenaga serta memperluas penggunaan tenaga boleh baharu demi memastikan masa depan Malaysia yang mampan.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement